Alhamdulillah! Praise to Allah...

Daisypath Happy Birthday tickers


Wednesday, December 22, 2010

Pertemuan dengan Ain Maisarah

Bismillahirrahamnnirahim

Alhamdulillah! Dapat juga saya jumpa penulis kegemaran saya iaitu, Ain Maisarah buat kali kedua. Seronok sampai tak terkata!

Saya sanggup bawa semua novel beliau yang saya ada dan belum ditandatangani oleh beliau. Berat memang berat tetapi demi hendak berjumpa dengan Ain Maisarah, saya sanggup! Bukan senang untuk saya berjumpa dengan novelis terkenal ini. Inilah peluang saya untuk memijakkan kaki ke PWTC kembali. Sudah beberapa tahun saya tidak memiijakkan kaki di PWTC. Saya perlu naik LRT Terminal Putra, turun di Masjid Jamek. Kemudian, tukar tren Ampang Line pula dan barulah turun di PWTC. Dalam kehujanan, saya redah juga dengan kawan saya, Pareehan. 

Ya Allah! Saya bersyukur sangat sebab Pareehan sanggup temankan saya. Terima kasih Han.

Lampiran:-










Sunday, December 12, 2010

Puding Caramel...

Bismillahirrahamnnirahim


(Gambar sekadar hiasan)

Petang tadi, mama saya mmbangkitkan isu puding caramel. Tiba-tiba saya rasa mahu buat. Pelbagai kisah dan gelagat semasa aku buat puding caramel ini.

Bahan untuk buat telur itu, tidak menjadi masalah. 5 biji telur, esen vanila, secubit garam, dan susu cair. Masukkan dalam pengisar dan kisar semuanya..

Masalah utama saya iaitu membuat air gula untuk karamel puding ini. Saya pun buatlah guna gula perang. Wow! Saya buat dan jadi hangus. Jadi, mama saya kata buanglah. Tidak boleh diselamatkan lagi. Terpaksalah saya terima.

Saya guna pula gula putih. Hampir menjadi hangus sebab mama saya kata sepatutnya sebelum gula hendak menjadi cair, pastikan letak air. Saya pula letak selepas semuanya sudah cair. Apabila saya tuang air, wap naik dan tangan saya rasa melecur. Memanglah rasa... Tak tahu saya hendak gambarkan bagaimana. Saya tuang air betul-betul atas wap. Memanglah tangan rasa melecur. 100 darjah celcius!

Konklusinya, jadilah puding karamel hampir hangus.

Saya malu untuk letak gambar puding caramel yang betul-betul sebenarnya sebab hodoh.


xD