Alhamdulillah! Praise to Allah...

Daisypath Happy Birthday tickers


Sunday, December 12, 2010

Puding Caramel...

Bismillahirrahamnnirahim


(Gambar sekadar hiasan)

Petang tadi, mama saya mmbangkitkan isu puding caramel. Tiba-tiba saya rasa mahu buat. Pelbagai kisah dan gelagat semasa aku buat puding caramel ini.

Bahan untuk buat telur itu, tidak menjadi masalah. 5 biji telur, esen vanila, secubit garam, dan susu cair. Masukkan dalam pengisar dan kisar semuanya..

Masalah utama saya iaitu membuat air gula untuk karamel puding ini. Saya pun buatlah guna gula perang. Wow! Saya buat dan jadi hangus. Jadi, mama saya kata buanglah. Tidak boleh diselamatkan lagi. Terpaksalah saya terima.

Saya guna pula gula putih. Hampir menjadi hangus sebab mama saya kata sepatutnya sebelum gula hendak menjadi cair, pastikan letak air. Saya pula letak selepas semuanya sudah cair. Apabila saya tuang air, wap naik dan tangan saya rasa melecur. Memanglah rasa... Tak tahu saya hendak gambarkan bagaimana. Saya tuang air betul-betul atas wap. Memanglah tangan rasa melecur. 100 darjah celcius!

Konklusinya, jadilah puding karamel hampir hangus.

Saya malu untuk letak gambar puding caramel yang betul-betul sebenarnya sebab hodoh.


xD
Post a Comment