Alhamdulillah! Praise to Allah...

Daisypath Happy Birthday tickers


Saturday, May 28, 2011

In love with DEVOTEES

Bismillahirrahmannirrahim

Sudah beberapa hari saya tidak menulis entri baharu sebab laptop mama saya rosak. Jadi, saya terpaksa guna laptop satu lagi. Sebenarnya, saya tidak berapa selesa guna laptop ini tetapi tidak mengapa. Janji, saya boleh menulis entri terbaharu. 

Entri kali ini, saya mahu bercerita mengenai kumpulan DEVOTEES (boleh klik nama Devotees untuk 'Like' di Facebook). Saya memang sudah jatuh cinta dengan kumpulan nasyod ini sejak mereka ada album baharu iaitu Berjalan Tanpa Henti. Kumpulan Devotees ini sudah lama ditubuhkan pada tahun 2005. Ketika itu, saya baru berusia 10 tahun tetapi sekarang, memang mantap dan gempak. Tahniah atas pelancaran album baharu.


Tuesday, May 17, 2011

Kucing...

Bismillahirrahmannirrahim

Saya mahu menulis entri berkenaan kucing pula. Saya memang obses dengan binatang yang bernama kucing Sebenarnya, kucing sangat comel kalau badan kucing agak obesiti tetapi tidaklah sehingga obesiti yang begini:


(Ini terlebih obes namanya. Susah kalau saya mahu main atau dukung)

Sebenarnya, kucing ini memahami kalau ia kenal kita. Sebut sahaja nama ia, ia tahulah tuannya panggil. Walaupun saya tidak pernah bela kucing di rumah tetapi saya ada bela kucing di asrama. Namanya, Kyo... 


Ini gambar Kyo

Rindu sama Kyo!


Tidak apalah, janji saya pernah bela. Kyo comel kerana ia bagaikan ada sarung kaki. Itu yang membuatkan Kyo sangat comel walaupun bulunya hitam.

Ini lagi kelakar. Kawan saya buat khianat terhadap seekor kucing ini dengan menggunakan highlighter untuk buat 'eyeshadow'. Aduh, kasihan pula! xD


Saturday, May 14, 2011

Devotees-Harapan

Bismillahirrahamnnirrahim

Assalamualaikum

Sudah berapa lama agaknya saya suka lagu ini? Saya tidak pasti pula. Rasanya seperti sudah dua hari berlalu. Tidak mengapalah, saya suka juga lagu ini dalam album kedua Devotees-Berjalan Tanpa Henti... Memang album pertama Devotees dulu menarik. Kini, album kedua mereka semakin menarik. Ribuan tahniah saya ucapkan kepada Devotees.

Lirik Harapan

Sehari-hari melintasi jalan
Sehari-hari melihatkan teman
Tak ada yang peduli kesusahan
Tiada yang pedulikan keimanan



Mengenang mereka yang telah pergi

Menenangkan diri yang amat sepi

Berlinangan air mata jatuh ke pipi
Bertandang bermohon pada Ilahi




Moga hiadayah kan tiba

Moga dibukakan mata

Merasakan kehibaan
Hilangkan kedukaan




Demi masa yang ditunggu kitakan bersatu

Berkongsi harapan seperti yang dijanjikan

Kau dan aku beriringan selamatkan keimanan
Bukti insan dan cintanya pada Tuhan

Wednesday, May 11, 2011

Devotees-Rindu Kedamaian

Bismillahirrahmannirrahim


Saya seronok melayan lagu Devotees yang bertajuk Rindu kedamaian. Saya suka sangat liriknya yang menceritakan tentang Palestin. Mari kita hayati lirik ini.


Devotees-Rindu Kedamaian


Harapan kesamaran
Bila warna damai kian pudar
Bertebaran kata dusta
Yang menghunjam nestapa
Tangisan kesayuan
Insan meratapi kehilangan
Merintih menagih ihsan
Merindui kedamaian
Ke mana hilang kasih dan sayang
Meluntur erti kemanusiaan
Akankah pergi penderitaan
Tak ketemu jawapan
Dan kezaliman kian rakus menggila meratah nyawa
Dan kesengsaraan membarah meruntun jiwa
Mengajar pengharapan
Mendamba cahaya keamanan
Menyinari kehidupan
Kemilau rahmat Tuhan

Saya paling suka bahagian ini

Dan kezaliman kian rakus menggila meratah nyawa
Dan kesengsaraan membarah meruntun jiwa


FREEDOM 4 PALESTINE!!!

Friday, May 6, 2011

Bukan Niatku

Bismillahhirahmannirahim

Hari ini, saya temui satu nasyid yang sangat menarik. Sama-samalah kita hayati lirik nasyid ini.

Bukan Niatku

Album : Koleksi Nasyid Indie Vol. 1 - Nasyeed Underground
Munsyid : Devotees

Berjanji ku
Disuatu ketika
Bahwa aku takkan menduakanMu
Dan aku takkan biar sesiapa
Cuba memalingku dari jalan bahgia
Ooo...

Ternyatalah perjalanan ini
Tidak semudah yang ku tafsirkan
Jalannya berliku
Turunnya berliku
Jika tersilap langkah
Menyesal sesal selamanya

Kasih andai cinta yg kusemai
Rapuh menanti ditewas dugaan
Maafkan aku
Kiranya tak tertanggung
Segala harapan yang diberikan
Maafkan aku
Yang tiada berdaya
Kerna bukan niatku untuk melakukannya

Kasih andai cinta yg kusemai
Rapuh menanti ditewas dugaan
Maafkan aku
Kiranya tak tertanggung
Segala harapan yang diberikan
Mungkinkan ada pengampunan dariMu
Kembalikan fitrah kehambaanku
Hinanya aku
Merayu kepadaMu
Setelah kering dosa yang kulakukan
Maafkan aku
Yang tiada berdaya
Kerna bukan niatku untuk melakukannya

Wednesday, May 4, 2011

Preview novel:-Setanggi Kalbu Harraz

Bismillahirrahmannirrahim...


Saya mahu kongsikan sinopsis tentang novel ini. Memang menarik dan membina peribadi Muslim.

"Mengisahkan pelajar SMKA Maahad Hamidiah, Kajang, Ahmad Harraz Maulawi yang mempunyai keistimewaan tersendiri yakni, aura suara yang menyihir sesiapa sahaja yang mendengarnya. Bersama Aiman, Fayyadh, Ustaz Nafiz, dan kumpulan Usratul Firdausi, mereka melakar kejayaan demi kejayaan dalam perjuangan menyemarakkan nasyid.

Keikhlasan Qarihatun Naurah mentransformasikan Harraz, namun, seseorang telah tersemai kesumat dengki kepada Harraz menyebabkan kecoh di Maahad Hamidiah. Berkat kesabaran, kebenaran dan keyakinan, perdamaian dicapai.Harraz dan enam sahabatnya mengemudi Imam Qurtubi melayari kehidupan seterusnya.

Ujian Maha Hebat melanda. Anta impian dan hasrat. Orang tersayang berada di ambang perjalanan abadi. Harraz terus meminta ihsan Ilahi. Dengan izin Allah, rayuannya diterima. Lalu dia mengerti nikmat kehidupan di muka bumi Allah. Menjadikan tautan mahabbah dengan orang tersayang lebih erat, lebih bermakna. Fitrah seorang insan. Kalbunya berhak menyukai dan disukai. Tetapi semuanya mesti berdasandarkan syariat Allah dan nawaitu yang ikhlas. Dapatkah dia menggapai untuk mengikut ikon nasyidnya-Almarhum Ustaz Asri, Sami Yusuf atau Ahmed Bukhaitir?"

Harga: RM19.90(Sem Malaysia)
RM21.90 (S/S)