Alhamdulillah! Praise to Allah...

Daisypath Happy Birthday tickers


Saturday, May 28, 2011

In love with DEVOTEES

Bismillahirrahmannirrahim

Sudah beberapa hari saya tidak menulis entri baharu sebab laptop mama saya rosak. Jadi, saya terpaksa guna laptop satu lagi. Sebenarnya, saya tidak berapa selesa guna laptop ini tetapi tidak mengapa. Janji, saya boleh menulis entri terbaharu. 

Entri kali ini, saya mahu bercerita mengenai kumpulan DEVOTEES (boleh klik nama Devotees untuk 'Like' di Facebook). Saya memang sudah jatuh cinta dengan kumpulan nasyod ini sejak mereka ada album baharu iaitu Berjalan Tanpa Henti. Kumpulan Devotees ini sudah lama ditubuhkan pada tahun 2005. Ketika itu, saya baru berusia 10 tahun tetapi sekarang, memang mantap dan gempak. Tahniah atas pelancaran album baharu.


Post a Comment