Alhamdulillah! Praise to Allah...

Daisypath Happy Birthday tickers


Sunday, July 3, 2011

Kenangan Pertandingan Debat Musleh

Bismillahirrahmanirrahim.



Selesai sudah perjuangan debat saya dalam pertandingan Musleh International School Debating Championship. Seribu kesyukuran meskipun sekolah saya kalah tetapi saya bangga kerana mengikut senarai untuk debat Bahasa Arab, sekolah saya mendapat nombor 9 daripada 20. Alhamdulillah. Bertambah bangga juga apabila ini merupakan kali pertama saya menyertai debat dan tiada pengalaman dalam arena perdebatan. Di sekolah lama dahulu, debat agama sahaja. Bukan seperti debat yang saya sertai ini dan sangat lain. 

Apa yang saya dapat dalam dunia perdebatan ini, saya dapat banyak pengalaman daripada sekolah-sekolah lain yang lebih berpengalaman dalam arena perdebatan ini. Bagi saya, nombor 9 itu sudah memberi makna yang sangat besar kepada kami sebagai pelajar Sekolah Menengah Setiabudi kerana ini merupakan kali pertama sekolah kami menghantar wakil untuk debat Bahasa Arab dan kami pun baru sahaja memulakan arena perdebatan.

Perbezaan markah sekolah saya dan KISAS (Kolej Islam Sultan Alam Shah) yang mendapat tempat yang ke-8, hanya berbeza sebanyak 0.2% sahaja. Alhamdulillah. Kiranya, sekolah kami yang baru pertama kali menyertai debat ini masuk mampu mencapai keputusan yang memberangsangkan Sekiranya sekolah saya mendapat tempat ke-8, bolehlah kami ke peringkat suku akhir tetapi tiada rezeki.

Tidak mengapa kerana ada satu lagi pertandingan debat iaitu IIUM Interschool Debating Championship yang akan menyusul dalam masa 2 minggu daripada sekarang.

Kesimpulannya, arena perdebatan Pertandingan Debat Musleh ini merupakan tempat bermulanya saya belajar untuk menjadi seorang pendebat yang lebih baik. Seribu penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Ustaz Ikhwan kerana banyak mencurahkan ilmu dalam dunia perdebatan dan bersabar melayan kerenah kami sepanjang latihan debat.
Post a Comment