Alhamdulillah! Praise to Allah...

Daisypath Happy Birthday tickers


Wednesday, July 20, 2011

IIUM Interschool Debating Championship 2011

Bismillahirrahmanirrahim.

Agak lama juga saya tidak menulis entri baharu dek baru sahaja usai Pertandingan Debat IIUM peringkat kebangsaan.

Saya cerita pusingan satu hingga enam. Saya merupakan رئيس الوزراء (Perdana Menteri) untuk الحكومة (Kerajaan) dan زعيم المعارضة (Ketua Pembangkang) untuk المعارضة (Pembangkang).

Pada جولة الأولى (pusingan pertama), sekolah saya berlawan dengan SBPI Rawang. Alhamdulillah, usul kami sebagai الحكومة (Kerajaan) مقبول (diterima). Alhamdulillah, sekolah kami MENANG.

Pada جولة الثانية (pusingan kedua), sekolah saya berlawan dengan Sekolah Menengah Islam Hidayah, Johor. Namun begitu, usul kami sebagai المعارضة tidak diterimam maka kami KALAH untuk pusingan ini.

Pada جولة الثالثة (pusingan ketiga), sekolah saya berlawan dengan sekolah Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang. Alhamdulillah, usul kami sebagai الحكومة (kerajaan) مقبول (diterima). Alhamdulillah, MENANG.

Pada جولة الرابعة (pusingan keempat), sekolah saya berlawan dengan Sekolah Menengah Agama Maahad Hamidiah Kajang, usul kami sebagai الحكومة (kerajaan) مقبول (diterima)Alhamdulillah, MENANG...

Pada جولة الخامسة (pusingan kelima), sekolah saya berlawan dengan Sekolah Sri Ayesha sekali lagi untuk pertandingan ini memandangkan kami pernah berlawan ketika Pertandingan Debat Musleh dulu. Alhamdulillah, usul kami sebagai المعارضة (pembangkang) مرفوض(ditolak) dan kami MENANG.

Pada جولة السادسة (pusingan keenam), sekolah saya berlawan dengan Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Jemaah, usul kami sebagai الحكومة(kerajaan) مرفوض(ditolak), maka kami KALAH...

Konklusinya...

Menang - 4
Kalah - 2


Walaupun keputusan kami ada yang kalah, kami tetap diterima untuk meneruskan perjuangan ke pusingan suku akhir. Sekali lagi, sekolah saya berjumpa dengan Sekolah Menengah Islam Hira' yang pernah kami lawan dahulu ketika di Debat MUSLEH. Alhamdulillah, kami menang.

Ketika Abang Nuzulul Qadar mengumumkan sekolah kami berjaya ke peringkat separuh akhir, saya paling terkejut dan terkesan. Ramai nampak wajah saya yang sememangnya terkejut dan kelihatan takut kerana skrin menunjukkan SMI (Sekolah Menengah Islam), saya terpaksa kecilkan mata. Rabunlah katakan. Tulisan pula iaitu gabungan warna hijau cair dan tulisan berwarna putih. Memang sah-sah, saya tidak nampak kerana saya ingatkan Sekolah Hira' sebab sekolah mereka merupakan SMI, sedangkan sekolah saya pula iaitu  SM( Sekolah Menengah). Rupa-rupanya, tersilap tulis SMI Setiabudi. Sejak bila sekolah kami jadi SMI pun, kami tidak tahu. Hakikat sebenarnya, saya bangga, takut, gembira, dan perasaan saya sudah bercampur-baur ketika itu.

Namun begitu, perjuangan sekolah ana berakhir di pusingan separuh akhir. Sekolah saya kalah dengan Sekolah Menengah Islam Hidayah buat kali kedua tetapi saya tidak kecewa pun. Sekiranya sekolah saya berjaya ke pusingan akhir, tajuk untuk pusingan akhir iaitu اِستخدَامُ الطّاقةِ النّوويّةِ لمصلحةِ الدّولةِ أَفْضَلُ (Penggunaan tenaga nuklear untuk kepentingan negara). Sangat susah! Lagipun, sekolah saya tidak buat persediaan untuk tajuk itu.

Alhamdulillah. Walaupun sekolah saya setakat ke peringkat separuh akhir sahaja, itu sudah cukup membanggakan saya kerana ini merupakan kali kedua dan tahun pertama untuk Sekolah Menengah Setiabudi menghantar pendebat Bahasa Arab.

Syukur.

Post a Comment