Assalamualaikum...
Sepatutnya hari ini ana join ESQ tetapi ana tidak boleh pergi sebab abang kawan ana accident & ana perlu ikut dia... So, batallah nak join ESQ...Sedih memang sedih sebab tak dapat join ESQ tetapi ada hikmahnya ana tidak join...
Takdir Allah, ana pun join program Training of Palestine Specialist atau nama singkatan T.O.P.S... Sebenarnya yang suruh ana ganti pun, senior ana sebab dia busy... Ana pergi pun tanpa tahu apa nama program & pengisiannya... Bawa diri & ambil pengajaran... Itu sahaja... Janji ada program, ana pergi...
T.O.P.S ni dianjurkan oleh Aqsa Syarif Berhad dengan kerjasama IKRAM... Actually, program ini lebih kepada IPT tetapi itulah, join sahajalah...
Ana mewakili daerah Ampang Jaya... Yang membuatkan ana tersentak, perempuan semuanya pelajar sekolah menengah & lelaki semuanya pelajar IPT... Jumlah kami tidak ramai... Hanya 6 orang sahaja...
Ada juga assignment yang perlu ana buat... Mencari isi-isi berdasarkan topik yang diberi & serahkan kepada abang-abang IPT untuk dibuat video...
Paling best, ana dapat free jacket daripada Aqsa Syarif! Style! Ana suka sangat! Kalau boleh, ana mahu tambah nama ana pada jacket itu!








0 comments:
Post a Comment