Alhamdulillah! Praise to Allah...

Daisypath Happy Birthday tickers


Sunday, November 27, 2011

Du'a feat Ustaz Amal-Sahaja Aku MencintaiMu

Bismillahirrahmannirrahim

Saya tertarik dengan sebuah lagu nasyid ini iaitu Sahaja Aku MencintaiMu oleh Du'a feat Ustaz Amal. Saya ceritakan serba sedikit mengenai kumpulan Du'a ini.



Credits to FNasyid



Kumpulan nasyid DU'A masih baru lagi di arena nasyid namun sudah berkecimpung dalam album kanak-kanak TILMIZ bermula pada awal tahun 2000 dengan terbitan Muazzin Production. Mereka bakal menghasilkan sebuah album "single" 4 buah lagu yang akan diketengahkan sebagai perkenalan kepada umum dan turut berduet dalam album ini adalah Ustaz Amal.



Penglibatan DU'A dalam nasyid bermula pada awal tahun 2000 ketika menyertai kumpulan kanak-kanak Tilmiz yang menampilkan album doa terbitan Muazzin Production.

Biodata Kumpulan DU'A :


Dianggotai sepasang adik beradik yang merupakan putera kepada penasyid dan pendakwah, Ustaz Amal. Pernah menganggotai kumpulan nasyid kanak-kanak TILMIZ sekitar tahun 2000. Muhammad Asadullah masih menuntut di Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa, PJ manakala Muhammad Ajwad, 17 masih menuntut di SMK Saujana Utama, Sg Buloh.

Konsep album DU'A yang diketengahkan adalah bercirikan islamic music,single terbaru mereka boleh didengar melalui sesawang Youtube [dot] com yang bertajuk "Sahaja Aku Mencintai - Mu " featuring Ustaz Amal. Dengan penampilan mereka di arena nasyid ini, dapat menyemarakkan lagi Industri Nasyid tanah air.


Ustaz Amal

Untuk maklumat lanjut mengenai kumpulan DU'A layari facebook mereka di : DU'A ( Facebook )
Post a Comment