Alhamdulillah! Praise to Allah...

Daisypath Happy Birthday tickers


Thursday, December 27, 2012

Majlis Penutup Kem Tahfiz

Bismillahirrahmannirrahim.

Pada 21 Disember hari itu, berakhir sudah kem tahfiz. Bermakna, sudah dua minggu saya menabur bakti di situ. Di atas kelewatan untuk tulis entri baharu di blog ini kerana saya mengalami masalah kesihatan dan menyebabkan saya terpaksa tangguhkan aktiviti menulis blog ini.

Saya menjadi seorang ustazah dan banyak pengalaman yang saya peroleh sepanjang dua minggu.

Benar-benar menguji kesabaran saya untuk mengawal kanak-kanak ini tetapi mereka tidak adalah nakal sangat.

Namun begitu, itulah kanak-kanak. Fitrah mereka yang memang suka bermain. Saya benar-benar merindui mereka. Sudah seminggu menginjak pergi.

Haflah (Jamuan)








Semoga kami dipertemukan kembali. Ameen. Kalau tidak di dunia, di Syurga.

Thursday, December 20, 2012

Selamat Hari Jadi Aiesya

Bismillahirrahmannirrahim

Saya telah menyambut hari jadi junior saya semasa saya bersekolah di Maahd Al-Manar dahulu. Namanya Aiesya Ameerah yang semalam secara rasminya berusia 14 tahun.

Sebenarnya, pertemuan tersebut membuatkan saya terkejut kerana dia jemput saya pada minit terakhir. Saya tidak bersedia apa-apa pun. Hadiah pun tidak beli lagi untuknya. Memang saya bersiap dengan kadar kelajuan yang amat dahsyat dan saya beli hadiah berdekatan dengan rumah saya.

Jadi, perjumpaan tersebut diadakan di Sakura Kristal, Taman Melawati.

Saya dan kawan-kawan serta birthday girl sekali.


Thursday, December 13, 2012

Warkah Cinta

Bismillahirrahmannirrahim

Assalamualaikum... Untuk post yang kali ini, saya mahu cerita tentang drama yang sedang panas di TV Alhijrah "Segalanya bermula di sini" (Tiba-tiba letak slogan pula xD) iaitu drama Warkah Cinta



Cerita ini sudah 10 episod ditayangkan. Cerita ini sudah mula sebelum saya SPM dan ketika SPM, saya ada menonton juga cerita ini.

Asalnya, drama ini merupakan novel yang pernah saya baca ketika saya berada di tingkatan satu iaitu  Warkah Cinta Berbau Syurga  yang ditulis oleh Ustaz A.Ubaidillah Alias. Jalan ceritanya memang menarik.

Berbalik kepada drama ini, pelakonnya terdiri daripada pelakon utama iaitu Imam Muda Nazrul dan Heliza Helmi. Selain itu, semuanya pelakon baharu tetapi sangat berbakat. Gambar perempuan berpurdah itu, bukan Diana Amir. Itu pelakon baharu yang bernama Amira Rosli.

Cerita pula tentang novel, sudah dua kali kaver novel ditukar iaitu:-

Cetakan pertama


Cetakan kedua dan ketiga


Cetakan keempat(Bakal)


Cetakan keempat bakal berada di pasaran dalam akhir bulan Disember ini.

Saya akan beli yang ini walaupun sudah ada cetakan pertama sebab kata Ustaz Ubaidillah, ada pertambahan dalam novel beliau. Harga pun lebih mahal sedikit.

Monday, December 10, 2012

Aktiviti Disember


Bismillahirrahmannirrahim

Memandangkan pembaca blog ini sudah tahu bahawa saya sudah selesai menjawab SPM. Pasti pembaca tertanya-tanya, apa aktiviti yang akan saya buat sementara menunggu keputusan SPM.

Alhamdulillah, untuk bulan disember ini, cuti saya agak bermakna kerana ada aktiviti yang saya boleh buat dan tidaklah membazir masa.

Pertama,


Kelas Al-Quran

Saya ditawarkan oleh seorang kawan saya bernama Ijam yang merupakan bekas pelajar Maahad Al-Manar untuk menjadi guru Al-Quran bagi kanak-kanak dan remaja dari 10 Disember sehingga 21 Disember. Memang tidak sia-sia dia ajak saya. Boleh juga saya kuatkan balik hafalan Al-Quran. Di samping itu, saya boleh bantu kanak-kanak untuk mencintai Al-Quran dan mendekatkan diri kepada Allah. Semoga Allah memberkati mereka semua.

Ameen.

Kedua,


Kelas memandu

Lepasan SPM dan kelas memandu memang tidak dapat dipisahkan. Jadi, saya memang sedang menunggu untuk kelas yang seterusnya.. Tidak sabar untuk saya ambil ujian memandu dan dapat lesen P dan saya boleh jalan merata-rata selepas itu.

Ketiga,


Graduation Day 2012

Ini memang acara yang saya paling tunggu. Tidak sabar saya mahu pakai robe sebab semasa saya tadika atau sekolah rendah tidak pernah pakai robe.

Iitulah program untuk bulan Disember ini.

Friday, December 7, 2012

Selamat tinggal SPM 2012...


Bismillahirrahmanirrahim.


Freedom!!!

Alhamdulillah, itulah apa yang saya rasakan hari ini. Sepatutnya saya mengatakan kalimah itu pada hari semalam (6/12/11) tetapi router buat hal dan rosak.

Setelah sebulan saya tidak tulis apa-apa entri untuk blog ini, seperti yang dijanjikan, saya akan menulis entri setelah saya selesai menjawab SPM.

Saya ada menerima jadual SPM 2012 seminggu sebelum SPM kalau tidak silap.


Jadual yang saya tampal di rumah.


Sepanjang SPM, untuk kertas pukul 8.00 pagi iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Mathematics, Pendidikan Syariah Islamiah, Science, Perdagangan, dan Bahasa Arab, saya akan keluar dari rumah lebih kurang pukul 6.40 pagi kerana saya takut kesesakan lalu lantas dan buat saya panik.

Bagi kertas, Pendidikan Al-Quran dan Assunnah dan Ekonomi Asas, saya datang agak lewat sedikit dalam pukul 8.30 kerana kertas-kertas tersebut mula lambat.

Tiga hari sebelum SPM, saya ada menerima slip kemasukan.

Slip inilah yang menemani saya semasa saya SPM bersama 'rakan karibnya', kad penganalan.


Kad pelajar juga yang selalu saya pakai. (Abaikan muka saya xD)


Inilah nombor label meja saya. Selesai sahaja kertas terakhir iaitu Ekonomi Asas Kertas 2, saya terus cabut label ini. (Untuk buat kenangan)

Cerita pula tentang pengawas peperiksaan. Alhamdulillah, kami semua (kawan-kawan saya) dapat pengawas peperiksaan yang baik. Ketua pengawas peperiksaan pun kelakar.

Semasa berakhirnya kertas Ekonomi, ada yang keluar awal dan jerit bagaikan histeria. Memang nampak sangat macam baru terlepas dari penjara xD

Berakhir sudah SPM 2012. Selamat tinggal SPM, baju sekolah, dan sekolah.

Sunday, November 4, 2012

SPM 2012

Bismillahirrahamannirahim.


Kepada pembaca blog dilabanat95, doakan kejayaan saya. Ini merupakan entri terakhir untuk hari ini dan akan disambung semula pada 6/12/2012. Hari kemerdekaan saya dalam SPM.

_Semoga Allah memberkati kehidupan pembaca-pembaca blog dilabanat95_


Saturday, September 22, 2012

Polaroid

Bismillahirrahmannirrahim

Semoga pembaca blog ini sentiasa dirahmati Allah.

Di sini, saya mahu kongsikan satu gadget yang sangat cool dan sangat diminati ramai iaitu Kamera Polaroid.

Bagi yang tidak tahu berkenaan Polaroid ini, mesti tertanya-tanya, apakah Polaroid sebenarnya? Polaroid ini merupakan sejenis kamera yang mempunyai filem di dalamnya yang keluar pada masa itu juga apabila butang sudah ditekan... Cool bukan? Sebenarnya, bukan dipanggil filem tetapi instax. 

Kalau masih tidak tahu juga kamera polaroid, saya sertakan gambar.


Tadaa~~ Serious sangat COOL!!!

Saya pun sebenarnya baru tahu berkenaan Polaroid ini pada tahun lepas tetapi saya tidaklah ambil tahu sangat. Saya sekadar melihat orang punya sahaja.

Apabila tahun ini, sara rasa berminat pula dengan Polaroid ini tetapi saya tidak adakameranya. Sepupu saya kata dia ada kamera Polaroid ini. Apabila saya dapat tahu dia ada, memang saya rasa bahagia. Jadi, saya pun pinjamlah Polaroid dia.

Kamera Polaroid tidak mahal sangat dalam sekitar RM235-250. Ikut kedai gambar yang menjualnya. Sebenarnya, instax yang mahal.

Untuk Instax ataupun filem, harganya agak mahal dalam sekitar RM 28 hingga RM30 (Ikut kedai). Ada 10 keping sahaja. Jadi, memang rugi jika tersilap tangkap, tiada pembetulan yang boleh dilakukan.

Mesti orang kata "Baik tak payah guna Polaroid, membazir je". Bagi saya, sesiapa yang sukakan sesuatu yang nostalgia dan unik, Polaroid ada dua elemen itu.

Lagi seronok, apabila mengimbas instax menggunakan alat imbasan atau scanner, gambar lebih nampak nostalgia. Tidak percaya? Boleh cuba.

Polaroid ini seperti DSLR juga, perlukan kemahiran. Perlu bijak pilih suasana yang sesuai supaya gambar itu tidaklah terlebih cerah atau terlebih gelap. Target untuk fokus orang atau benda pun penting juga supaya gambar tidak menjadi rosak kerana kamera ini seperti kamera filem juga. Jadi, memang kena pandai. Memang mencabar untuk sesiapa yang baru hendak berjinak-jinak dengan Polaroid ini tetapi tidak salah kalau mencuba.

Saiz kamera Polaroid ada banyak. Ada yang bentuk segi empat tempat dan berbentuk segi empat sama. Ada yang besar, ada yang sederhana. Ada yang kosong, ada yang bercorak.

Sama juga dengan instax, ada saiz seperti kad kredit, ada saiz A5 dan pelbagai lagi. Bingkai instax ada yang kosong, ada yang bercorak. Cumanya, bingkai yang kosong itu harganya murah sedikit seperti yang saya katakan tadi, sekitar RM28 hingga RM30. Kalau bingkai yang bercorak, harganya mahal sedikit, sekitar RM38 hingga R40.

Koleksi instax yang saya ada. 





Kalau rasa sayangkan, boleh beli album khusus untuk Polaroid.

Monday, August 6, 2012

Memories Interschool Debating Championship 2012(IDC2012)

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah, masih berjumpa lagi dalam entri yang seterusnya. Tiba-tiba malam ini rajin pula untuk menulis entri baharu berkenaan Interschool Debating Championship 2012 yang berlangsung di UIAM pada 15/6/2012-20/6/2012 baru-baru ini.

 Sejujurnya, saya tidak berapa mahu sangat menyertai debat tahun ini. Bukanlah kerana SPM sangat tetapi saya takut bermain untuk pendebat ketiga. Dalam otak saya, saya sudah fikir yang bukan-bukan.

"Mesti aku debat nanti merepek nanti"

Itulah yang saya fikirkan.

Bercerita mengenai teman sebilik. Tahun ini saya dan junior saya, Anis berkongsi bilik dengan sekolah lain yang juga pendebat arab iaitu Sekolah Agama Menengah Rawang. Pada mulanya, suasana agak dingin dan saya tidak berapa selesa. Lama-kelamaan, kami berempat menjadi sangat kamceng. 

Bercerita mengenai sepanjang perlawanan, saya tidak lalu makan yang sangat dahsyat kerana terlalu takut dan gementar.


Pada mulanya, saya mewakili Sekolah Menengah Setiabudi berlawan dengan Maktab Mahmud Kedah. Tidak pasti Yan atau Alor Setar dengan usul  وسائل الإعلام المعاصرة سبب انحلال أخلاق الشباب (Media Massa Merupakan Punca Kerosakan Akhlak Remaja). Pemenangnya jatuh kepada Maktab Mahmud dan pendebat terbaik, Amin Al-Hadi iaitu wakil sekolah saya.




Pusingan kedua, sekolah saya bertemu dengan Sekolah Menengah Kebangsaan Sik dengan usul التنمية الزراعية أفضل من التنمية الصناعية (Pembangunan Pertanian Lebih Baik daripada Pembangunan Perkilangan). Alhamdulillah, kami telah menang dan pendebat terbaik iaitu Amin Al-Hadi sekali lagi.


Pusingan ketiga, sekolah saya bertemu dengan Sekolah Islam Adni dengan usul اعتماد عقوبة الإعدام لمغتصبي الأطفال ضرورة (Hukuman Mati Kepada Kanak-Kanak Darurat). Alhamdulillah, rezeki masih berpihak lagi kepada kami dan pendebat terbaik iaitu Syaimaa' daripada Sekolah Islam Adni.


Pusingan keempat, sekolah saya bertemu dengan SWING Team iaitu sebuah kumpulan yang menggantikan secara tiba-tiba untuk sekolah yang tarik diri dengan usul اهتمام المدارس الثانوية بمعرض الكتاب الكتاب الدولي السنوي ضرورة  (Kepentingan Pesta Buku Antarabangsa Kepada Pelajar Sekolah Menengah Darurat). Di sinilah, saya berlawan dengan kakak saya sendiri, wakil MRSM Kepala Batas, Batrisya Hannan dan Ehsan (Bekas pelajar Maahad Al-Manar). Alhamdulillah, kami menang lagi dan pendebat terbaik masih lagi Amin Al-Hadi.



Pusingan kelima, sekolah saya bertemu dengan Sekolah Menengah Islam Al-Amin Gombak merangkap jiran sekolah saya. Saya sudah lama ingin bertanding dengan sekolah ini. Kami berlawan dengan usul زيادة عدد الدارس النموذجية للمتفوقين أفضل (Pertambahan Bilangan Sekolah Contoh untuk Pelajar-Pelajar Cemerlang Lebih Baik). Alhamdulillah, sekolah saya masih mengekalkan kemenangan dan pendebat terbaik, Amin Al-Hadi lagi.




Pusingan keenam dan terakhir sebelum ke quater final, sekolah saya bertemu dengan MRSM Kepala Batas dengan usul إلغاء المراكز الإعدادية قبل الدراسة الجامعة أفضل (Pemansuhan Pusat Matrikulasi Sebelum Belajar di Universiti Lebih Baik).


Ketika pusingan keenam inilah, dipanggil 'silent round' dan akan diumumkan pada keesokan harinya. Alhamdulillah, kami menang lagi dan telah memecah rekod dengan kalah satu pusingan sahaja berbanding tahun lepas dengan rekod kalah dengan dua pusingan.


Saya sebagai pendebat yang telah berpengalaman selama dua tahun untuk IDC ini yakin akan meneruskan perjuangan di peringkat suku akhir. Alhamdulillah, rezeki kami ke pusingan suku akhir dan berlawan dengan MRSM Kepala Batas lagi. Terselit sifat kagum dalam diri saya apabila MRSM Kepala Batas ini baru masuk tahun ini dan boleh pergi sejauh ini seperti kami juga pada tahun lepas.


Semasa pengacara majlis mengumumkan keputusan sekolah yang akan bertemu di pusingan separuh akhir, jantung saya hampir tercabut keluar dan mujur belum lagi. Apabila persaingan semakin sengit, semakin ramai yang akan menonton. Sekolah saya dan MRSM Kepala Batas masing-masing sibuk menyiapkan hujah kerana masing-masing tidak tahu sekolah mana yang akan pergi ke pusingan separuh akhir. Kami telah bersepakat sesama kami apabila antara sekolah kami yang kalah, sekolah yang kalah akan bantu untuk berikan hujah kepada sekolah yang menang untuk memudahkan urusan.



Setelah diumumkan, sejarah sekolah saya berulang kembali untuk menyambung perjuangan di pusingan separuh akhir dengan pihak lawan yang sangat saya gerun dan kagum iaitu Sekolah Menengah Islam Hidayah Johor. Ketika itu, saya sudah rasa seperti lepat pisang dan saya tahu sekolah saya akan kalah. Kalau menang pun, saya tidak mahu pergi ke pusingan akhir. Saya sudah banyangkan dewan CAC yang sangat besar. Semua pendebat BM, BI, dan BA akan tonton. Ish! Tak sanggup.


Telahan ana tepat apabila rezeki kami sekali lagi sehingga pusingan separuh akhir sahaja.

Alhamdulillah.

Tuesday, May 22, 2012

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2

Bismillahirrahmannirrahim...

Suah lama tak update blog ni... Sibuk dengan exam pertengahan tahun... Tetapi tak apa... Hari ni secara rasminya peperiksaan pertengahan tahun sekolah ana berakhir hari ini untuk student upper form... Alhamdulillah...

Sebenarnya, dari hari tu nak update PBAKL... Ana pergi kali kedua pada 6 Mei 2012 iaitu hari terakhir jualan buku-buku di-situ... Seperti biasa, ana keluar dengan guru ana lagi, Miss J... Ana ada membeli lagi 3 buah novel... Hari terakhir, memang diskaunnya turun mendadak...


 Seterusnya, ana pergi Kedai Pink Ain Maisarah buat kali kedua sebab nak tukar troli yang terkoyak... So, Alhamdulillah, boleh ditukar... Kemudian, ana panggil K.Ain... Yang menariknya, beliau panggil ana untuk ambil gembar... Woohoo~~ Seronoknya~~ Thanks Kak Ain sebab sentiasa ingat Dila walaupun jumpa hanya setahun sekali...


 Seterusnya, ana pergi ke luar legar PWTC untuk melihat pertandingan Spelling Bee untuk Tadika... Tak disangka, ana dapat berjumpa kumpulan Du'a yang popular dengan lagu Sahaja Aku Mencintai-Mu... Sehari sebelum ana nak pergi PWTC, ana ada bertweet dengan salah seorang kumpulan nasyid tersebut, iaitu Ajwad...



Bila diorang dah habis buat show, ana pergi jumpa kumpulan tersebut dengan perasaan yang sangat teruja... Ana sempat bergambar dengan diorang... Cuma yang terkilannya tak dapat ambil tandatangan diorang tapi tak apa... Gambar pun dah cukup ok...


 Sebenarnya, ana pergi hari tu pun sebab nak jumpa Devotees yang telah melancarkan album terbarunya yang bertajuk 336... Album tu hanya dijual RM10 pada hari tu.. Woohoo~~




Banyak gambar lagi sebenarnya tapi tak tahulah kenapa Blogger ni gedik tak nak terima gambar Devotees dan Devotees Junior buat show...

Tapi yang paling penting...


Tandatangan, kalendar, dan CD Devotees~~ Yeah~~

Thursday, May 3, 2012

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur

Bismillahirrahmannirrahim

Dua hari yang lepas, saya telah pergi ke Pesta Buku Antarabangsa sempena Hari Pekerja. Saya telah pergi bersama guru sekolah saya yang saya panggil Miss J sahaja.

Sesampai sahaja di PWTC, sangatlah sesak seperti Ikan Sardin. Walaubagaimanapun, saya dan Miss J berjaya mengharunginya juga kerana hari itu sahajalah hari yang lapang.

Kedai pertama yang ana pergi, sudah semestinya Kedai Pink Ain Maisarah. Sedar tidak sedar, sudah empat tahun saya mengenali beliau. Sudah 30 buah novel beliau berada di pasaran. Tahniah Kak Ain!

 (Gambar diambil daripada FB K.Ain)

 Ssaya telah membeli di kedainya iaitu Set RM150, Novel Jutawan Gedik, Aku Mahu Lawan Hantu, dan Aku Mahu Saiz XL. Bukan sahaja novel, malahan ada juga beg troli, Novel Comel, Button Badge, penanda buku, dan buku nota. Semuanya edisi terhad (Ah, gitu!)


Dalam kotak ini, ada enam novel terbaru Ain Maisarah.

(Suasana gambar ini seperti masuk dalam rumah hantu XD)

Apabila novel-novel dikeluarkan daripada kotak...


Tadaa~~ Enam novel terbaru Ain Maisarah.


Selepas membeli di Kedai Pink Ain Maisarah, saya seronok mengusung troli eksklusif yang ditempah oleh Kak Ain di luar negara. Ideanya sangat memang hebat.

Perjalanan saya diteruskan untuk mencari Booth Galeri Ilmu. Sangat susah mencari dalam keadaan orang sedang ramai. Kami berpusing dahulu sehinggalah kami terjumpa senarai-senarai Booth yang terletak di tiang legar utama PWTC. Galeri Ilmu berada di Dewan Tun Hussein Onn. Peta lokasi yang diberikan oleh kru-kru Ain Maisarah bagi memudahkan untuk pengunjung mencari kedainya kerana peta yang disediakan ada dinyatakan Dewan Tun Hussein Onn bagi memudahkan kami untuk mencari Galeri Ilmu dan booth itu berada bersebelahan dengan pentas utama.

Apabila kami hendak menuju ke dalam Dewan Tun Hussein Onn, kesesakannya... Hanya Allah sahaja yang tahu. Bayangkan, dalam satu Dewan Tun Hussein Onn mempunyai 6 booth (kalau tidak silap), tiga booth yang diserbu hebat iaitu PTS, Galeri Ilmu, dan Gempak Starz. Memang sesak. Untuk lalu pun sangatlah sukar tetapi niat saya untuk menacri novel terbaru hasil karya Fatimah Syarha dan Dr Farhan Hadi membuatkan saya terus kuat untuk berada di situ.

Alhamdulillah. Saya dapat juga memijakkan kaki di booth Galeri Ilmu dan membeli tiga buah novel.


Seterusnya, saya cuba juga untuk pergi ke booth PTS untuk mencari novel Fatimah Syarha iaitu Sebarkan CintaMu. Alhamdulillah, saya dapat juga memilikinya. Semasa saya buat pembayaran, saya tunjukkan kad pelajar. Sebenarnya kad pelajar itu ketika ana belajar sekolah lama. Untuk menunggu kad pelajar sekolah ana yang kini, bulan enam baru dapat. Harga asal buku ini ialah RM31. Apabila saya menunjukkan kad pelajar, harga buku itu menjadi RM 23.80. Itulah kelebihan adanya kad pelajar.


Seterusnya, perjalanan terakhir saya iaitu menuju ke ke Hall 3 yang berada di tingkat atas untuk mencari buku 'Past Year Questions' untuk SPM... Ya Allah! Sangatlah sesak! Mengalahkan di Dewan Tun Hussein Onn. Saya yang mahu membayarnya pun, terpaksa beratur panjang.


Sesungguhnya amatlah letih perjalanan saya pada hari itu. Terima kasih kepada Miss J kerana sudi menemani saya :)