Assalamualaikum...
Hari ini ana join bengkel penulisan kanak-kanak dan remaja yang dianjurkan oleh syarikat Must Read Sdn.Bhd....
Tidak disangka-sangka, ana dapat berjumpa dengan 2 penulis PTS yang hebat iaitu Lily Haslina Nasir dan Farihah Iskandar....
Pelbagai tips yang dikongsikan oleh penulis ini... Terasa kerdil diri ini apabila berhadapan dengan 2 penulis yang sudah lama berkecimpung dalam dunia penulisan... Sedangkan ana masih mencari-cari identiti penulisan... Walaupun ana telah menyelesaikan sebuah novel tetapi masih tidak menepati apa yang dimahukan oleh remaja...
Jadi, apa yang mengujakan ana apabila pihak Must Read tertunggu-tunggu karya daripada peserta-peserta yang join program ini tetapi apa yang merungsingkan ana, cerita apa yang ana mahu buat untuk remaja?? Sedangkan, ana biasa menulis cerita yang berbentuk islamik...
P/S: Cerita yang bagaimana ya yang mampu menarik perhatian remaja?? Any suggestion from readers and bloggers??








1 comments:
assalamualaikum..
maybe boleh tulis cerita yg memberi motivasi dlm kehidupan sbg seorg remaja, jatuh bangun yg diselitkan dgn nilai2 islamik..x taw la cerita mcmana yg digemari remaja skrg tp diri sendiri suka cerita yg mcm ni ^^
Post a Comment