BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Alhamdulillah! Praise to Allah...

Daisypath Happy Birthday tickers

~Me & ESQ~

Daisypath Friendship tickers

~Forever~

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, January 10, 2012

Haih~~ Sabor jela~~


Assalamulaikum...

Ana terkenangkan peristiwa hari petang tadi... Ana dipertanggungjawabkan untuk merampas kasut-kasut yang tidak sepatutnya pakai di sekolah... Tugas ana senang sahaja, menggertak pelajar-pelajar kalau tidak tukar esok, ana akan spray kasut itu...

Tetapi bukan semudah yang disangkan apabila tidak ramai yang puas hati... Pelbagai kata nista yang dilemparkan kepada ana... Kata ana poyolah, macam-macam lagilah... Ya, ana faham... Bila nak orang ke arah kebaikan, memang susah, malah memprotes pula... Kalau ikutkan hati, mahu sahaja ana sound... Bila fikirkan balik, mestilah bersabar... Itu kunci utama... 

Tetapi ada seorang yang mempertikaikan kasut ana... Haih~~ Jadi isu pula... Senang cerita, kasut ana jenama north star, yang tapaknya berwarna biru... Popular rasanya... So, ana bidas balik "Kalau kasut akak ini kena rampas, kasut orang yang macam akak ni pun dah lama kena rampas tau"... Haih~~ Ana tahu dia tak puas hati... Bukan mudah untuk sesetengah pelajar untuk menerima... Ya, bukan mudah tetapi tidak bermakna yang ana akan mengalah begitu sahaja... Mungkin cara ana tegur juga masih tidak berhikmah... Salah satu punca juga... Nampaknya, ana perlu belajar dari situ...

Ya, pengawas memang begitu... Pasti ada sahaja pelajar-pelajar yang tidak puas hati apabila pengawas melakukan tugas ... Ya, mereka mungkin tidak faham bahawa pengawas ini amanah... Amanah adalah sesuatu yang wajib untuk menyahutnya... Ana tidak mahu diri ana dipersoalkan di akhirat...

Buat pelajar yang tidak puas hati pasal isu kasut itu, ana hanya menjalankan tugas ana... Kalau tidak faham amanah, jangan mempertikaikan atau sesuka hati mengutuk di belakang kerana anda tidak tahu betapa beratnya sesuatu amanah itu....

P/S: Nak tahu pendapat pembaca....

1 comments:

pencinta bahasa said...

salam adilah.. :)

sabar ya, dah jadi lumrah sebagai pengawas kena buat perkara yang ramai orang tak puas hati. tapi kita tak perlu risau pasal apa yang orang fikir tapi cuba sedaya upaya untuk jaga hati orang sambil melaksanakan amanah. InsyaAllah dua2 pihak akan berpuas hati. lagi satu, sentiasa bergerak dalam kumpulan sebab diorang takkan boleh nafikan apa yang kita buat. kalau boleh ajak mane2 kawan pengawas semasa bertugas.
semoga membantu..(^_^)