Alhamdulillah! Praise to Allah...

Daisypath Happy Birthday tickers


Sunday, April 22, 2012

PBAKL, 5 Days More To Go

Bismillahirrahmannirrahim.


Saya tidak sabar untuk pergi ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur atau PBAKL yang akan berlangsung di PWTC dari 27 April sehingga 6 Mei.

Memang saya sudah menyenaraikan buku-buku yang akan saya beli. Terutamanya, buku-buku 'Soalan-Ssoalan Tahun Lepas' sebab ada diskaun. Saya pasti menyerbu buku-buku pelajaran dan novel-novel.

Antara novel-novel yang saya akan beli:

1)Diari Gadis Bintang
2)Hero Vs Bonda Pet
3)Aku Mahu Lawan Hantu
4)Jutawan Gedik
5)Stanza Cinta
6)Sebarkan CintaMu
7)Cinta High Class dan Cintaku Kerana AgamaMu - 2 dalam 1
8)Mustafa Kamal
9)Tuhan Masih Mencintaiku
10)Seriosa Cinta Erika

Juga, beberapa Novel Ain Maisarah yang baharu. Walaupun usia 17 tahun semakin hampir dan seterusnya bakal ke zaman dewasa tetapi novel-novel Ain Maisarah tetap menjadi pilihan. Mungkin sekarang saya sudah kurang membaca novel remaja seperti zaman tingkatan dua dan tingkatan tiga tetapi novel Ain Maisarah tetap berada dalam hati.

Kronologi:

-Masih teringat lagi perjumpaan kali pertama bersama Ain Maisarah di Mines sewaktu saya berusia 14 tahun.
 -Perjumpaan kedua di PWTC sewaktu saya berusia 15 tahun.
-Perjumpaan ketiga di PWTC sewaktu saya berusia 16 tahun.

Post a Comment