Alhamdulillah! Praise to Allah...

Daisypath Happy Birthday tickers


Monday, August 6, 2012

Memories Interschool Debating Championship 2012(IDC2012)

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah, masih berjumpa lagi dalam entri yang seterusnya. Tiba-tiba malam ini rajin pula untuk menulis entri baharu berkenaan Interschool Debating Championship 2012 yang berlangsung di UIAM pada 15/6/2012-20/6/2012 baru-baru ini.

 Sejujurnya, saya tidak berapa mahu sangat menyertai debat tahun ini. Bukanlah kerana SPM sangat tetapi saya takut bermain untuk pendebat ketiga. Dalam otak saya, saya sudah fikir yang bukan-bukan.

"Mesti aku debat nanti merepek nanti"

Itulah yang saya fikirkan.

Bercerita mengenai teman sebilik. Tahun ini saya dan junior saya, Anis berkongsi bilik dengan sekolah lain yang juga pendebat arab iaitu Sekolah Agama Menengah Rawang. Pada mulanya, suasana agak dingin dan saya tidak berapa selesa. Lama-kelamaan, kami berempat menjadi sangat kamceng. 

Bercerita mengenai sepanjang perlawanan, saya tidak lalu makan yang sangat dahsyat kerana terlalu takut dan gementar.


Pada mulanya, saya mewakili Sekolah Menengah Setiabudi berlawan dengan Maktab Mahmud Kedah. Tidak pasti Yan atau Alor Setar dengan usul  وسائل الإعلام المعاصرة سبب انحلال أخلاق الشباب (Media Massa Merupakan Punca Kerosakan Akhlak Remaja). Pemenangnya jatuh kepada Maktab Mahmud dan pendebat terbaik, Amin Al-Hadi iaitu wakil sekolah saya.




Pusingan kedua, sekolah saya bertemu dengan Sekolah Menengah Kebangsaan Sik dengan usul التنمية الزراعية أفضل من التنمية الصناعية (Pembangunan Pertanian Lebih Baik daripada Pembangunan Perkilangan). Alhamdulillah, kami telah menang dan pendebat terbaik iaitu Amin Al-Hadi sekali lagi.


Pusingan ketiga, sekolah saya bertemu dengan Sekolah Islam Adni dengan usul اعتماد عقوبة الإعدام لمغتصبي الأطفال ضرورة (Hukuman Mati Kepada Kanak-Kanak Darurat). Alhamdulillah, rezeki masih berpihak lagi kepada kami dan pendebat terbaik iaitu Syaimaa' daripada Sekolah Islam Adni.


Pusingan keempat, sekolah saya bertemu dengan SWING Team iaitu sebuah kumpulan yang menggantikan secara tiba-tiba untuk sekolah yang tarik diri dengan usul اهتمام المدارس الثانوية بمعرض الكتاب الكتاب الدولي السنوي ضرورة  (Kepentingan Pesta Buku Antarabangsa Kepada Pelajar Sekolah Menengah Darurat). Di sinilah, saya berlawan dengan kakak saya sendiri, wakil MRSM Kepala Batas, Batrisya Hannan dan Ehsan (Bekas pelajar Maahad Al-Manar). Alhamdulillah, kami menang lagi dan pendebat terbaik masih lagi Amin Al-Hadi.



Pusingan kelima, sekolah saya bertemu dengan Sekolah Menengah Islam Al-Amin Gombak merangkap jiran sekolah saya. Saya sudah lama ingin bertanding dengan sekolah ini. Kami berlawan dengan usul زيادة عدد الدارس النموذجية للمتفوقين أفضل (Pertambahan Bilangan Sekolah Contoh untuk Pelajar-Pelajar Cemerlang Lebih Baik). Alhamdulillah, sekolah saya masih mengekalkan kemenangan dan pendebat terbaik, Amin Al-Hadi lagi.




Pusingan keenam dan terakhir sebelum ke quater final, sekolah saya bertemu dengan MRSM Kepala Batas dengan usul إلغاء المراكز الإعدادية قبل الدراسة الجامعة أفضل (Pemansuhan Pusat Matrikulasi Sebelum Belajar di Universiti Lebih Baik).


Ketika pusingan keenam inilah, dipanggil 'silent round' dan akan diumumkan pada keesokan harinya. Alhamdulillah, kami menang lagi dan telah memecah rekod dengan kalah satu pusingan sahaja berbanding tahun lepas dengan rekod kalah dengan dua pusingan.


Saya sebagai pendebat yang telah berpengalaman selama dua tahun untuk IDC ini yakin akan meneruskan perjuangan di peringkat suku akhir. Alhamdulillah, rezeki kami ke pusingan suku akhir dan berlawan dengan MRSM Kepala Batas lagi. Terselit sifat kagum dalam diri saya apabila MRSM Kepala Batas ini baru masuk tahun ini dan boleh pergi sejauh ini seperti kami juga pada tahun lepas.


Semasa pengacara majlis mengumumkan keputusan sekolah yang akan bertemu di pusingan separuh akhir, jantung saya hampir tercabut keluar dan mujur belum lagi. Apabila persaingan semakin sengit, semakin ramai yang akan menonton. Sekolah saya dan MRSM Kepala Batas masing-masing sibuk menyiapkan hujah kerana masing-masing tidak tahu sekolah mana yang akan pergi ke pusingan separuh akhir. Kami telah bersepakat sesama kami apabila antara sekolah kami yang kalah, sekolah yang kalah akan bantu untuk berikan hujah kepada sekolah yang menang untuk memudahkan urusan.



Setelah diumumkan, sejarah sekolah saya berulang kembali untuk menyambung perjuangan di pusingan separuh akhir dengan pihak lawan yang sangat saya gerun dan kagum iaitu Sekolah Menengah Islam Hidayah Johor. Ketika itu, saya sudah rasa seperti lepat pisang dan saya tahu sekolah saya akan kalah. Kalau menang pun, saya tidak mahu pergi ke pusingan akhir. Saya sudah banyangkan dewan CAC yang sangat besar. Semua pendebat BM, BI, dan BA akan tonton. Ish! Tak sanggup.


Telahan ana tepat apabila rezeki kami sekali lagi sehingga pusingan separuh akhir sahaja.

Alhamdulillah.
Post a Comment