Alhamdulillah! Praise to Allah...

Daisypath Happy Birthday tickers


Thursday, December 27, 2012

Majlis Penutup Kem Tahfiz

Bismillahirrahmannirrahim.

Pada 21 Disember hari itu, berakhir sudah kem tahfiz. Bermakna, sudah dua minggu saya menabur bakti di situ. Di atas kelewatan untuk tulis entri baharu di blog ini kerana saya mengalami masalah kesihatan dan menyebabkan saya terpaksa tangguhkan aktiviti menulis blog ini.

Saya menjadi seorang ustazah dan banyak pengalaman yang saya peroleh sepanjang dua minggu.

Benar-benar menguji kesabaran saya untuk mengawal kanak-kanak ini tetapi mereka tidak adalah nakal sangat.

Namun begitu, itulah kanak-kanak. Fitrah mereka yang memang suka bermain. Saya benar-benar merindui mereka. Sudah seminggu menginjak pergi.

Haflah (Jamuan)








Semoga kami dipertemukan kembali. Ameen. Kalau tidak di dunia, di Syurga.

Thursday, December 20, 2012

Selamat Hari Jadi Aiesya

Bismillahirrahmannirrahim

Saya telah menyambut hari jadi junior saya semasa saya bersekolah di Maahd Al-Manar dahulu. Namanya Aiesya Ameerah yang semalam secara rasminya berusia 14 tahun.

Sebenarnya, pertemuan tersebut membuatkan saya terkejut kerana dia jemput saya pada minit terakhir. Saya tidak bersedia apa-apa pun. Hadiah pun tidak beli lagi untuknya. Memang saya bersiap dengan kadar kelajuan yang amat dahsyat dan saya beli hadiah berdekatan dengan rumah saya.

Jadi, perjumpaan tersebut diadakan di Sakura Kristal, Taman Melawati.

Saya dan kawan-kawan serta birthday girl sekali.


Thursday, December 13, 2012

Warkah Cinta

Bismillahirrahmannirrahim

Assalamualaikum... Untuk post yang kali ini, saya mahu cerita tentang drama yang sedang panas di TV Alhijrah "Segalanya bermula di sini" (Tiba-tiba letak slogan pula xD) iaitu drama Warkah Cinta



Cerita ini sudah 10 episod ditayangkan. Cerita ini sudah mula sebelum saya SPM dan ketika SPM, saya ada menonton juga cerita ini.

Asalnya, drama ini merupakan novel yang pernah saya baca ketika saya berada di tingkatan satu iaitu  Warkah Cinta Berbau Syurga  yang ditulis oleh Ustaz A.Ubaidillah Alias. Jalan ceritanya memang menarik.

Berbalik kepada drama ini, pelakonnya terdiri daripada pelakon utama iaitu Imam Muda Nazrul dan Heliza Helmi. Selain itu, semuanya pelakon baharu tetapi sangat berbakat. Gambar perempuan berpurdah itu, bukan Diana Amir. Itu pelakon baharu yang bernama Amira Rosli.

Cerita pula tentang novel, sudah dua kali kaver novel ditukar iaitu:-

Cetakan pertama


Cetakan kedua dan ketiga


Cetakan keempat(Bakal)


Cetakan keempat bakal berada di pasaran dalam akhir bulan Disember ini.

Saya akan beli yang ini walaupun sudah ada cetakan pertama sebab kata Ustaz Ubaidillah, ada pertambahan dalam novel beliau. Harga pun lebih mahal sedikit.

Monday, December 10, 2012

Aktiviti Disember


Bismillahirrahmannirrahim

Memandangkan pembaca blog ini sudah tahu bahawa saya sudah selesai menjawab SPM. Pasti pembaca tertanya-tanya, apa aktiviti yang akan saya buat sementara menunggu keputusan SPM.

Alhamdulillah, untuk bulan disember ini, cuti saya agak bermakna kerana ada aktiviti yang saya boleh buat dan tidaklah membazir masa.

Pertama,


Kelas Al-Quran

Saya ditawarkan oleh seorang kawan saya bernama Ijam yang merupakan bekas pelajar Maahad Al-Manar untuk menjadi guru Al-Quran bagi kanak-kanak dan remaja dari 10 Disember sehingga 21 Disember. Memang tidak sia-sia dia ajak saya. Boleh juga saya kuatkan balik hafalan Al-Quran. Di samping itu, saya boleh bantu kanak-kanak untuk mencintai Al-Quran dan mendekatkan diri kepada Allah. Semoga Allah memberkati mereka semua.

Ameen.

Kedua,


Kelas memandu

Lepasan SPM dan kelas memandu memang tidak dapat dipisahkan. Jadi, saya memang sedang menunggu untuk kelas yang seterusnya.. Tidak sabar untuk saya ambil ujian memandu dan dapat lesen P dan saya boleh jalan merata-rata selepas itu.

Ketiga,


Graduation Day 2012

Ini memang acara yang saya paling tunggu. Tidak sabar saya mahu pakai robe sebab semasa saya tadika atau sekolah rendah tidak pernah pakai robe.

Iitulah program untuk bulan Disember ini.

Friday, December 7, 2012

Selamat tinggal SPM 2012...


Bismillahirrahmanirrahim.


Freedom!!!

Alhamdulillah, itulah apa yang saya rasakan hari ini. Sepatutnya saya mengatakan kalimah itu pada hari semalam (6/12/11) tetapi router buat hal dan rosak.

Setelah sebulan saya tidak tulis apa-apa entri untuk blog ini, seperti yang dijanjikan, saya akan menulis entri setelah saya selesai menjawab SPM.

Saya ada menerima jadual SPM 2012 seminggu sebelum SPM kalau tidak silap.


Jadual yang saya tampal di rumah.


Sepanjang SPM, untuk kertas pukul 8.00 pagi iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Mathematics, Pendidikan Syariah Islamiah, Science, Perdagangan, dan Bahasa Arab, saya akan keluar dari rumah lebih kurang pukul 6.40 pagi kerana saya takut kesesakan lalu lantas dan buat saya panik.

Bagi kertas, Pendidikan Al-Quran dan Assunnah dan Ekonomi Asas, saya datang agak lewat sedikit dalam pukul 8.30 kerana kertas-kertas tersebut mula lambat.

Tiga hari sebelum SPM, saya ada menerima slip kemasukan.

Slip inilah yang menemani saya semasa saya SPM bersama 'rakan karibnya', kad penganalan.


Kad pelajar juga yang selalu saya pakai. (Abaikan muka saya xD)


Inilah nombor label meja saya. Selesai sahaja kertas terakhir iaitu Ekonomi Asas Kertas 2, saya terus cabut label ini. (Untuk buat kenangan)

Cerita pula tentang pengawas peperiksaan. Alhamdulillah, kami semua (kawan-kawan saya) dapat pengawas peperiksaan yang baik. Ketua pengawas peperiksaan pun kelakar.

Semasa berakhirnya kertas Ekonomi, ada yang keluar awal dan jerit bagaikan histeria. Memang nampak sangat macam baru terlepas dari penjara xD

Berakhir sudah SPM 2012. Selamat tinggal SPM, baju sekolah, dan sekolah.