Alhamdulillah! Praise to Allah...

Daisypath Happy Birthday tickers


Thursday, December 19, 2013

Gambar yang Mencuit Hati

Bismillahirrahmannirrahim

Sudah sebulan lebih juga saya tidak tulis apa-apa entri di blog ini. Tiba-tiba hati ini rasa terpanggil untuk menaip sesuatu memandangkan saya sendiri dalam kebosanan.

Gambar yang mencuit hati? Ya, biasanya gambar kucinglah. Memang saya akui, apabila saya sedih atau marah, saya akan lihat gelagat gambar-gambar kucing yang mencuit hati saya.

Gambar yang paling saya rasa mencuit hati saya, gambar ini rasanya.


Sebab apa? Sebab nampak kucing-kucing ini macam loaf of bread..

Nabi Muhammad sangat sayangkan kucing dan saya pasti pembaca juga pernah baca kisah Nabi dan kucing. Terlalu comel dan sweet. Jadi, saya pun memang sayang kucing tetapi tak pernah bela.

Satu hari nanti. Insya-Allah.

Miaw~ Wait for me noo~ xD

Sunday, November 3, 2013

Saya dan 3 November

Bismillahirrahmannirrahim

Pertama sekali, saya panjatkan kesyukuran kepada Allah kerana hari ini hari bersejarah untuk seorang lagi adik saya,  Muhammad Nadzmi yang telah tamat menghafal Al-Quran pada 30 Oktober baru-baru ini... Kembarnya, Muhammad Nazhan telah tamat menghafal Al-Quran pada 22 Jun 2013 lepas...

Dari kiri: Muhammad Nazhan, Muhammad Nadzmi, Saya

Alhamdulillah ^_^

Sejujurnya, saya amat cemburu dengan adik-adik saya setelah mendengar kata-kata dari seorang ustaz yang bernama Ustaz Nazrul tentang kelebihan bagi sesiapa yang menghafal Al-Quran dan mengamalkannya...

Kata beliau...
"Di akhirat, ibu bapa akan dipakaikan makhota dan sinarannya lebih terang daripada cahaya matahari" 

Ya, memang saya pernah dengar... Cumanya, sudah lama... Setiapa apa yang ustaz itu katakan mengembalikan kembali tanggungjawab saya sebagai penghafal Al-Quran walaupun saya tidak habis... Saya berhenti setakat 12 juzuk sahaja...

Namun begitu, saya rasa seperti mahu menyambung kembali hafalan saya dan menghabiskannya seperti adik-adik saya... Memang bukan sekarang tetapi satu hari nanti...  In Sha Allah ^_^

Perasaan seronok itu tidak dapat digambarkan melainkan saya menumpang gembira untuk adik-adik saya... Sungguh... Bangga pun ada...

Selain itu....

Saya mahu mempromosikan sesuatu...


CD Qasidah yang diterbitkan oleh Inteam Records... Dialunkan oleh para sahabat adik-adik saya, Maahad Tahfiz Al Quran Al Imam Al Syaafie, Hulu Kelang... 

Harganya, RM19.90... Best sangat! Tak rugi kalau beli... ^_^ 

Kandungannya:

-Ya Hanana
-Assalamua'laik
-Nurul Mustofa
-Ya Badratim
-Solatun
-Tholama
-Alfa Solallah
-Ya Imamarrus
-Ya Thoibah
-Ahmad Ya Habibi

*Tolong promote sahaja... Boleh sebarkan pada orang lain...

Saturday, November 2, 2013

Saya dan Qist

Bismillahirrahmannirrahim.


Mungkin ada yang tertanya-tanya, apa maksud Qist.

Qist bermakna adil. Sama juga maksud dengan nama saya iaitu Adilah yang bermakna adil. Nama Qist juga ada dalam Al-Quran.

Malahan, saya masih ingat ustaz Bahasa Arab saya menyuruh anak-anak muridnya mencari namanya dalam Al-Quran. Walaupun nama Adilah tiada dalam Al-Quran tetapi sinonimnya ada iaitu Qist. Saya bersyukur kerana ibu bapa saya memberikan nama yang baik dan mempunyai maksud.

Namun begitu, saya pun tidak pasti adakah nama ini telah mempengaruhi diri saya ataupun tidak.

Wallahu a'lam.

Saturday, October 12, 2013

Saya dan 18 Tahun Itu

Bismillahirrahmannirrahim

Sudah lama sangat tak menjenguk blog ini lantaran malas yang teramat. Untuk saya katakan saya sibuk itu, tidak juga sebab di CFS IIUM, jadualnya tidaklah terlalu padat sebab subjek yang saya belajar pun tidak banyak sangat.

Tiba-tiba hari ini, rajin pula saya mahu menulis entri baharu. Mungkin saya rindu untuk membebel dan berkongsi kisah.


Angka 18 ini merujuk kepada usia saya yang telah berusia 18 tahun, 3 bulan, 3 minggu, dan 2 hari (mengikut hari ini).

Setelah selamat menjawab End of Semester untuk Sem 1 13/14, apa yang dapat saya simpulkan bahawa terlalu banyak pengalaman pahit manis sepanjang menjadi hamba Allah, anak, kakak, adik, pelajar, dan sahabat. Terasa perjalanan semakin sukar.

Saya sedar bahawa kehidupan memang bukan mudah. Masih terasa yang diri ini tidak matang. Masih gagal untuk menjadi seorang yang baik. Saya amat menyedari hakikat itu.

Kehilangan seseorang dan kemunculan seseorang itulah yang banyak mengajar saya supaya bersikap lebih memahami, lebih menyayangi, dan lebih berhati-hati. Bukannya saya boleh puaskan hati semua orang. Namun begitu, saya berusaha untuk memberi dan terus memberi.

320 dan 305 dalam kenangan untuk Sem 1, 13/14. Demi Allah, saya akan sentiasa merindui kalian :')


Brothers starting from left:- Azhar, Azim, Mustaqim, Fazriel, Arif, Azizul Hakim, Syahmi, Kasyaf, Salahuddin, Syarafuddin

Sisters starting from left:- Ezma, Alia, Saya, Ermilia, Aisyah, Natrah, Amirah, Basirah, Amalina, Nabila, Aainaa, Aidiela, Faizah, Aznie

Roommates AC A.408. Jaga diri. Semoga kita dapat bertemu lagi walaupun ada antara kita bukan sebilik lagi. Insya-Allah :")


Saya, Hajar, Ian, Nora, Hidayah, Mirza, Puteri

"Setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan"

Sunday, July 7, 2013

Centre for Foundation Studies IIUM, Petaling Jaya

Bismillahirrahmannirrahim.


Sudah lama saya tidak meng'update' blog kesayangan saya ini, lantaran sibuk menjadi mahasiswa. Ok, ini semua poyo!

Untuk pengetahuan semua, saya menyambung pelajaran saya di Centre For Foundation Studies, International Islamic University Malaysia dalam jurusan undang-undang.

Sepanjang saya berada di CFS ini, terlalu banyak ujian yang telah saya hadapi. Gembira, kecewa, menangis, dan seumpama dengannya telah saya rasai. Penat usah dikata. Setiap hari, saya terasa penat. Namun begitu, saya sedar bahawa ini semua untuk mengajar saya erti kesabaran dan ketabahan sebenarnya. Cumanya, saya yang terlambat sedar dan tidak berusaha untuk menyelaminya.

Projek penulisan saya pun turut tegendala seketika akibat kesibukan yang saya hadapi. Bukan bermakna saya berhenti menulis untuk selama-lamanya. Itu mustahil kerana menulis adalah separuh daripada nyawa saya. Bagai irama dan lagu.

Apa-apa pun, saya berharap semoga perjalanan saya akan lebih teratur selepas ini. Wallahu a'lam.

Wednesday, May 29, 2013

Sejarah Dunia Penulisan Saya

Bismillahirrahmannirrahim


Memandangkan ramai yang mahu tahu sejarah bagaimana saya boleh terlibat dengan dunia penulisan ini, saya akan coretkan untuk tatapan bersama.

Saya mula berjinak-jinak dengan dunia penulisan ini sewaktu saya berusia 11 tahun. Ketika itu, sekolah saya menganjurkan Minggu Bahasa Melayu. Salah satu pertandingan yang saya ingat untuk tahun 4, 5, 6 ialah Pertandingan Menulis Cerpen. Setiap pelajar wajib masuk.

Ketika itu, saya bukanlah seorang yang minat membaca sangat. Novel Bahasa Melayu pun ada satu sahaja. Itu pun sewaktu saya darjah empat. Novel Bahasa Inggeris pun, saya baca sewaktu usia 10 tahun ke bawah. Paling popular, karya-karya Enid Blyton.

Berbalik kepada Pertandingan Menulis Cerpen itu, saya pun menulislah. Tajuknya pun saya tidak ingat. Usai menulis, saya menyalin cerpen itu semula dalam buku nota. Sayanglah katakan kerana saya rasa cerpen itu agak menarik perhatian saya. Ceh, perasan!

Selang beberapa hari kemudian, saya menatap kembali cerpen sebanyak dua mukasurat itu, timbul untuk menyambung cerpen itu. Lantas, saya mengoyak dan huraikan lagi cerpen itu. Akhirnya, berubah menjadi novel pula.

Sejak dari hari itu, minat saya terhadap menulis terlalu mendalam. Apabila naik ke darjah enam, saya masih ingat lagi, saya pernah mendapat markah untuk subjek Bahasa Melayu (Penulisan) iaitu 95%. Saya juga dianugerahkan Best Subject of Bahasa Melayu(Penulisan). Selain itu, saya juga menyertai bengkel penulisan Minggu Penulis Kanak-Kanak 2007 anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka.

Apabila naik ke alam sekolah menengah, saya masih menambah lagi bab-bab untuk novel tersebut. Banyak kali juga diubah jalan cerita, plot, dan tajuk cerita. Biasalah, masih tidak matang dari segi tatabahasa dan kosa kata yang masih lemah. Akhirnya, tajuk novel itu diberi oleh kawan saya iaitu 'Untaian Mahabbah Fillah'. Saya pernah menghantarnya di dua syarikat penerbitan dan ditolak. Jadi, saya melupakan hasrat untuk menghantar novel itu dan hanya menjadi tatapan membaca untuk diri sendiri sahaja kerana saya rasa cerita itu agak merepek. Hampir empat atau lima tahun juga saya menulis cerita itu.

Hobi menulis ini tidak pernah berhenti. Meskipun saya berada di asrama dan tidak dibenarkan membawa laptop, saya mengambil buku tulis dan menulis di dalamnya. Saya ada juga menulis satu lagi cerita yang bertajuk 'Twins Forever'. Masih ada dalam buku nota dan tidak bertaip lagi dalam komputer. Novel itu, saya menulis sekadar suka-suka dan masih tidak berhajat untuk menghantar ke mana-mana lagi.
Setelah beberapa tahun berkecimpung dalam dunia penulisan ini, apa yang saya dapat ialah kosa kata saya bertambah dengan membaca.

Selain itu, saya juga menyertai lagi tiga bengkel penulisan iaitu Bengkel Penulisan Kanak-Kanak 2012 anjuran Mustread Sdn.Bhd, Bengkel Penulisan Islamik Hilal Asyraf Zon Tengah 2013 anjuran Langitiman Resources, dan Minggu Penulis Remaja 2013 anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kesimpulannya, membaca dan menulis merupakan terapi untuk saya.

Wallahu a'lam.

Tuesday, May 21, 2013

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2013(4 Mei)

Bismillahirrahmannirrahim

Baiklah, ini post yang terakhir berkenaan pesta buku. Pada hari terakhir ini, memang saya akui terlalu ramai orang. Kebetulan pula, saya menunggu adik yang baru balik dari asrama. Jadi, lama juga bertapa di pesta buku.

Pada hari terakhir juga, saya jumpa ramai orang-orang yang hebat dan kawan-kawan juga.

Antaranya:-

Dr Muhaya

 Emcee Galeri Ilmu Sdn.Bhd

Hanis Naziha, roommate ketika Perkampungan Menara Gading Kebangsaan.

Nur Munirah Junid, antara rakan saya yang akrab.

Ajwad Amal, ahli nasyid Dua'.

Sudah dua kali saya bertemu dengannya... Saya juga turut membeli karya sulungnya... Tahniah Bro Ajwad :)

Fatimah Syarha Mohd Noordin.

Alumni Minggu Penulis Remaja 2013.

Baru gambar yang sempurna. Suami isteri. Fatimah Syarha dan Dr.Farhan Hadi.

Siti Rosmizah. Saya tak pernah baca karyanya lagi tetapi satu hari nanti mungkin.

Iwan Reaz.

Yatt Hamzah. Jumpa buat kali kedua.




Para penulis Blink buat kali yang terakhir.

 Para pelukis komik Gempak Starz

Dan pelukis komik kegemaran saya iaitu Keith.

Ingatkan saya sudah tidak membeli novel. Hari terakhir pun masih membeli. Novel Anakku Brain Tumor dan Hazim, Aizat dan Muzik, kakak saya yang belanja.

Itulah coretan saya mengenai pesta buku selama enam hari saya menjelajah di situ. 

Konklusinya, novel yang saya beli sebanyak?


Kira sendiri :)

Wallahu a'lam.

Thursday, May 16, 2013

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2013(2 Mei)

Bismillahirrahmannirrahim.

Masih berbaki sehari untuk saya akhiri post berkaitan pesta buku ini.

Seperti biasa, saya masih melilau mencari buku. Akhirnya, saya terjumpa satu buku ini.

Saya juga antara peminat novel Fatimah Syarha.

Pada hari itu juga, saya menghadiahkan hadiah kepada dua orang penulis iaitu:-

Tuan Fazla

Cikpuan Izanor

Bercerita mengenai Kak Izanor ini, beliau merupakan salah seorang penulis Blink bersama Ain Maisarah dalam Siri Dongeng Sri Bangsar. Nama Izanor Sharif ini sudah saya dengar sejak tahun 2011 tetapi masih belum berpeluang untuk berkenalan. Pada tahun ini, Allah perkenankan juga hajat saya dan kami menjadi sangat kamceng. Oh ya. Selain itu, beliau ada belanja saya dua potong kek dan teh tarik.
Terima kasih Kak Izanor

Ada seorang artis yang saya berpeluang untuk jumpa pada tarikh 2 Mei ini.

Siapakah dia?


Ya, saya bersama Yatt Hamzah. Dia sangat sporting dan happy go lucky orangnya. Beruntung saya dapat berjumpa dengannya.

Begitulah kisahnya pada 2 Mei. Nantikan post terakhir pesta buku iaitu 4 Mei yang merupakan hari terakhir pesta buku 2013.

Wassalam.

Sunday, May 12, 2013

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2013(1 Mei)

Bismillahirrahmannirrahim.

Masih berbaki dua hari untuk saya post mengenai pesta buku ini.

Menceritakan tentang 1 Mei, ya, Hari Pekerja. Sardin yang boleh saya katakan. Setiap tahun saya rasa begitu apabila melibatkan tarikh 1 Mei ini.


Pasti ada yang tertanya-tanya, kalau tahu hari itu ramai orang, kenapa masih pergi juga?

Saya saja mengikuti mama saya yang perlu bertugas di bahagian pentas utama bagi majlis pelancaran Tokoh Sejarah DBP. Saya ambil kesempatan dengan berjalan-jalan di booth-booth yang ada. Kalau saya terperap dalam rumah, bosan juga. Lebih baik, saya ikut mama saya.

Hari itu, saya tidak berhasrat untuk membeli apa-apa novel kerana terlalu ramai dan agak merimaskan. Jadi, saya cadang untuk beli novel pada keesokan harinya (2 Mei).

2 Mei? Nantikan.

Monday, May 6, 2013

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2013(30 April)

Bismillahirrahmannirrahim.

Bercerita pula mengenai 30 April, hari yang saya kira hari kesedihan buat saya. Tetapi, kenapa pula saya sedih?

Itu menjadi rahsia buat saya.

Bagi mengubati kesedihan dan kekecewaan saya, saya menuju lagi ke Pesta Buku Antarabangsa kerana kebetulan pula saya perlu menghantar barang kepada senior saya.

Pada hari itu juga, ada reunion bersama warga PEPIAS (Persatuan Pelajar Islam Selangor). Malangnya, saya tiada gambar bersama mereka.

Di samping itu juga, saya membeli lagi dua buah novel iaitu :-


Pada 30 April, tidak ada peristiwa yang menarik. Nantikan entri pesta buku mengenai hari 1, 2, 4 Mei.

Wednesday, May 1, 2013

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2013(27 April)

Bismillahirrahmannirrahim

Bertemu kembali... Ceh, macam apa sahaja saya. Baiklah, abaikan sahaja.

 Alhamdulillah, 27/4/2013, saya dapat pergi kali kedua ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur dan dapat membeli lagi sebuah novel bertajuk Relasi nukilan Hilal Asyraf.


Pada hari itu juga, saya dapat berjumpa dengan beberapa orang :D

Alumni Minggu Penulis Remaja 2013 (Fauzan, Aiman, Saya, Zakirah)

Kak Puteri Balqis (Forum Mestica Fanz Club). Selama ini, hanya bersembang di alam maya. Namun begitu, Allah pertemukan kami buat kali pertama di situ apabila Kak Balqis yang menegur saya dahulu.

Pendebat arab MRSM Gemencheh (Aduh, lupa untuk saya tanya namanya-)

Gadis Bintang(Watak Siri Hero Sri Bangsar.)

Paling istimewa, reunion beberapa ahli PEPIAS.

Ada Raziq, Syed Noh, kawan Syed Noh, Guru kepada Suziana, Suziana, adik-beradik Raziq, dan El.

Kesimpulannya, Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur tempat untuk berjumpa dan merapatkan ukhuwah. Memang benar saya katakan. Pasti akan berjumpa dengan orang yang tidak kita sangka.

Friday, April 26, 2013

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2013(26 April)

Bismillahirrahmannirrahim

Saya sudah mengalami keterujaan yang melampau.

Teruja?
Sebab apa?

Untuk pengetahuan pembaca, saya berpeluang pergi ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2013 (PBAKL 13). Hari ini tahu! Hari pertama iaitu 26 April! Memang bahagia sangat rasanya :D

Tahun ini, saya tidaklah beli novel banyak sangat. Tahun lepas, memang tahun saya memborong novel. 

Mari lihat apa buku yang telah saya beli :)

Kedai Blink Ain Maisarah


Semestinya saya merupakan peminat Ain Maisarah, takkan ketinggalan untuk membeli buku-buku baharu beliau. Ada bukti pengesahan (sekejap lagi saya cerita), 2 keping poster (yang gulung itu), dan getah rambut.

Mari lihat apa dalam kotak Blink.


Jeng... Jeng... Jeng...


Ya, ada 8 buah novel baharu, 8 buah novel comel baharu, buku nota Blink, 4 button badge, dan 4 keping penanda buku.

Bercerita pula tentang bukti pengesahan :)






Sebagai tanda saya telah berkunjung ke Kedai Blink Ain Maisarah

Selain dari Kedai Blink Ain Maisarah, saya ada juga beli buku dari PTS, Sinergi Ilmu, dan Karya Seni :)


Kalau ikutkan hati saya, saya ada lagi novel yang hendak dibeli tetapi saya tidak cukup duit. Sabar sahajalah.

Saya menerima hadiah daripada kawan saya, Samirah.


Jumpa juga Nadiah Izzati.

(Credits to FB Nadiah Izzati)

Beberapa bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 18 HEBAT :D

(Credits to FB Nadiah Izzati)

Serta beberapa kawan-kawan saya (Tiada gambar)

Sampai di situ sahaja untuk PBAKL 13 untuk tarikh 26 April. Insya-Allah, saya akan pergi lagi pada hari esok iaitu hari Sabtu, 27 April. Jom, esok cuti. Lapangkan masa anda di sana.

Tunggu entri yang seterusnya. Wallahua'lam :)