Alhamdulillah! Praise to Allah...

Daisypath Happy Birthday tickers


Wednesday, January 23, 2013

Perjumpaan Alumni ESQ

Bismillahhirrahmannirrahim

Perjalanan saya diteruskan dengan perjumpaan alumni ESQ di Hotel Flamingo. Tamatnya program Bengkel Penulis Islamik, saya berehat seketika di rumah sebelum saya menuju ke program tersebut yang diadakan pada malam tersebut.

Bermula hari Jumaat sehingga Ahad hari itu dari pukul 8.00 pagi sehingga 6.00 petang, ada program ESQ untuk ahli baharu. Para alumni ESQ juga boleh hadir. Namun begitu, kesuntukan masa menyebabkan saya hanya berpeluang hadir untuk program alumni sahaja.


Sesampai saya di situ, betapa saya rasa rindu kerana sudah lama saya tidak meng"recharge"kan diri. Tambahan pula, saya amat merindui suasananya yang penuh ketenangan dan keindahan.

Kepada para alumni ESQ yang membaca post ini, masihkah kalian ingat lagu Demi Matahari, 7 Dasar Nilai ESQ, dan Jalur Gemilang? Saya pasti yang kalian juga rindu dengan gayanya sekali! Pada malam tersebut, para alumni diberi peluang untuk menyanyikan serta melakukan gaya untuk ketiga-tiga lagu tersebut. Sungguh, saya amat merinduinya!

Tujuan pihak ESQ mengadakan program untuk para alumni berkenaan dengan sambutan Maulid Nabi. Merenung jasa dan pengorbanan Baginda. Air mata saya mengalir apabila trainer ESQ, Pak Iman iaitu pelapis Pak Ari Ginanjar menyampaikan pengisian yang sungguh bermakna! Doanya juga sangat menusuk kalbu.

Seandainya ana diberi peluang lagi, saya mahu hadir untuk meng"recharge"kan diri lagi.

Rindu!

Rindu!

Rindu!
Post a Comment