Alhamdulillah! Praise to Allah...

Daisypath Happy Birthday tickers


Monday, February 25, 2013

Rehlah PEPISHAH

Bismillahirrahmannirrahim

Alhamdulillah, saya berpeluang untuk menyertai program anjuran PEPISHAH (Persatuan Pelajar Islam Shah Alam) di Bukit Cerakah. Ini merupakan kali pertama saya menyertai program yang dianjurkan oleh PEPIAS ini. PEPIAS bukan sahaja di Shah Alam malahan ada lagi enam cawangan yang bernaung di daerah negeri Selangor.

Perjalanan saya bermula dengan menaiki LRT Sri Rampai dan turun di KL Sentral. Kemudian, saya menaiki pula Komuter KL Sentral dan sampai di Komuter Shah Alam. Memang memenatkan.

Sementara menunggu AJK yang mengambil saya, takdir Allah, saya bertemu dengan seorang kakak yang sebenarnya naik KTM bersama dengan saya tetapi saya yang tidak perasan. Kemudian, apabila AJK sudah sampai, kami menaiki kereta dan menuju ke Bukit Cerakah.

Sesampai di sana, saya berpeluang mengenali sahabat-sahabat baru. Semuanya muka yang tidak dikenali. Melihat ada seorang peserta yang keseorangan, saya menegur dia dan dia memperkenalkan diri sebagai Syahirah. Dengan hidangan bihun dan air kosong, kami makan bersama.

Kami juga turut membaca Ma'thurat. Terasa ukhuwah yang dibina seperti di sekolah lama.


 Kemudian, kami melangkah masuk teruskan perjalanan kami di sebuah chalet ala-ala kampung.






Suasana memang cantik... :D

Credits to FB Nadiah Izzati

 Kami menjalankan sesi taaruf  

Credits to FB Nadiah Izzati

Dua permainan iaitu Fokus dan Ku Chi Pang (Tiada gambar)



Credits to FB Nadiah Izzati

Program utama iaitu Explorace yang boleh saya katakan agak membunuh sebenarnya. Kumpulan kami seramai lima orang iaitu Oreo Cheesecake (kumpulan 5) mendapat checkpoint yang kedua. Puas kami mencari checkpoint tersebut sehingga tawaf. Akhirnya, salah seorang peserta kami bertanya kepada AJK di mana checkpoint kedua. Rupanya, kawasan itu, kami sudah lalu. Aktivitinya ialah berdiri di atas tali dan bergerak tanpa terkeluar dari tali mengikut tarikh lahir.


Credits to FB Nadiah Izzati

Kemudian, kami meneruskan perjalanan ke checkpoint yang ketiga iaitu minum air kopi. Peserta lelaki dapat kopi yang manis dan peserta perempuan dapat kopi yang pahit. Hanya 10 saat sahaja masa yang diberikan, peserta perempuan tidak sempat menghabiskan minuman. Saya merupakan peserta perempuan yang terakhir yang menghabiskan minuman itu tetapi malangnya, saya sempat minum sedikit sahaja kerana masa sudah tamat dan kumpulan kami didenda dengan membayar RM1000.

Seterusnya, kami ke checkpoint yang keempat (kalau tidak silap). Arahannya ialah seorang peserta lelaki dan dua orang peserta perempuan dipilih. AJK memanggil seorang demi seorang wakil peserta. Saya perlu berlakon sebagai kaki sedang lumpuh. Pada awalnya, salah seorang AJK berkata.

"Awak berlakon jadi pengsan."

Kemudian kawan dia kata...

"Wei, kau ni, agak-agaklah. Tengoklah dia macam mana."

Mahu kata saya besarlah itu.

Apabila AJK kata suruh lari, tiga orang wakil yang terpilih memulakan misi. Saya yang memang sudah biasa jatuh, tiada masalah untuk berlakon kaki yang kononnya lumpuh. Seorang lagi peserta berpura-pura pengsan. Gara-gara lakonan yang menjadi, semua tertipu. Gelak kejamlah saya. AJK yang tahu ketawa senyap-senyap. Melihat keadaan kami yang kononnya serius, tiga orang peserta lagi terpaksa tinggalkan kami atas arahan AJK. Saya tidak tahu apa sebenarnya kerja yang diberikan oleh AJK kepada peserta lelaki. AJK yang (tidak tahu) menyangka saya sakit betul-betul, tidak sangka apabila saya kata yang saya hanya berlakon. Mulanya mereka tidak percaya dan suruh saya berehat tetapi melihat keyakinan saya, akhirnya mereka percaya dan tertipu. Minta maaf semua AJK dan peserta yang tak tahu, anda semua tertipu. Checkpoint paling lawak dan bakat saya dalam lakonan juga terserlah (xD)

Apabila checkpoint yang kelima, sesampai sahaja saya dan kawan saya (yang berpura-pura sakit), tidak tahulah apa yang kawan-kawan yang lain buat. Disebabkan lagi tiga peserta yang sepatutnya tidak tinggalkan kami, didenda sebanyak RM2000. Haih, sabar sahaja.

Checkpoint yang keenam dan pertama pula, memang agak jauh dari checkpoint 2,3,4, dan 5. Checkpoint keenam iaitu membentuk cawan-cawan menjadi piramid dan diberikan getah dan tali sebagai pengganti tangan. Alhamdulillah. Kami berjaya menyiapkan dalam 9 minit dari 10 minit.

Checkpoint terakhir iaitu checkpoint pertama pula iaitu memikirkan bagaimana untuk melindungi telur dari telur itu pecah. Diberi tiga helai surat khabar dan boleh menggunakan tali sebanyak yang boleh. Surat khabar dijadikan kotak. Apabila telur tersebut dijatuhkan, akhirnya telur itu pecah.

Selesai keenam-enam checkpoint, kami menuju ke surau untuk menunaikan Solat Zuhur.

Perjalanan yang seterusnya, kami menuju ke Rumah Iklim Sederhana Empat Musim.

Kawasan luar.

 Credits to FB Nadiah Izzati

Sebelum masuk ke dalam.


Suasana dalam...





Akhirnya, sebelum nak kembali ke chalet, kami mengambil gambar.


Credits to Nadiah Izzati...

Teringat lagi ketika saya mahu ambil gambar menggunakan kamera Polaroid. Sewaktu instax keluar dari Polaroid, mereka bersorak teruja. Sebanyak dua keping yang saya tangkap.



Kenangan terindah :')

Sekembalinya kami ke chalet, kami menikmati makanan. Ayam paprik.

Kemudian, kami berkumpul dalam kumpulan dan mendengar penerangan dan tujuan setiap checkpoint itu dibuat oleh Faliha. Memang banyak manfaatnya sebenarnya.



Credits to FB Nadiah Izzati

Seterusnya, setiap kumpulan perlu menunjukkan moto kepada semua orang. Saya rasa moto kumpulan saya lain daripada yang lain kerana tiada nama kumpulan "Oreo Cheesecake" diabdikan dalam moto tetapi tiga kalimah Bahasa Arab yang dikeluarkan dan diketuai oleh saya iaitu:-

Al-Iman (Kepercayaan)
Al-Ukhuwah (Ikatan hati)
Al-Jidiyyah (Kesungguhan)



Saya juga berpeluang untuk mendengar penerangan daripada Abang K (Muzakkir) yang merupakan Naib Presiden PEPIAS Pusat mengenai PEPIAS. Memang saya tidak pernah terlibat dengan program PEPIAS kerana saya biasa melibatkan diri dengan program IKRAM sahaja tetapi tidak mengapa. Sekurang-kurangnya saya mendapat pendedahan program yang dianjurkan oleh NGO yang lain.

Credits to FB Nadiah Izzati
  
Ucapan wakil muslimin

 

Credits to FB Nadiah Izzati


Saya juga menawarkan diri untuk berucap mewakili muslimat...

 Credits to FB Nadiah Izzati

Seterusnya, upacara menyampaikan hadiah kepada kumpulan yang menang. Kumpulan saya tidak menang tetapi tidak mengapa, saya dapat banyak manfaat pada hari tersebut.

Itulah perjalanan yang amat memenatkan pada 24 Februari 2013. Kenangan terindah.

Trademark Rehlah PEPISHAH:-

Abang Wan:-
PEPISHAH alert!!!

Peserta PEPISHAH:-
PEPISHAH~~~ GO, GO, GO!!

Tuesday, February 19, 2013

Flashmob Valentines(FMV)

Bismillahirrahmannirrahim

14 Februari... Tarikh yang sangat popular iaitu Hari Valentines. Hari untuk meraikan kekasih yang disayangi. Sudah lima hari tarikh keramat itu berlalu.

Flashmob Valentines(FMV). Apa itu flashmob? Flashmob ini lebih kurang seperti himpunan tetapi bukanlah himpunan menunjukkan perasaan tetapi lebih kepada untuk menyedarkan orang ramai.

 FMV ni dianjurkan oleh para alumni Madrasatul Hayah Ikram dan diketuai oleh Syamim Bukhari. Kiranya, para alumni ini sangat hebat dan berani kerana berjaya menganjur FMV yang boleh saya katakan agak gempak. Saya diajak oleh senior ketika saat-saat akhir. Tinggal satu hari sahaja sebelum FMV. Persembahan yang mempunyai gaya dan lagu temanya Gemuruh oleh Faizal Tahir, saya perlu dalam masa satu hari setengah sahaja. Namun begitu, alhamdulillah, saya berjaya mengingati gaya-gaya tersebut untuk dipersembahkan kepada orang ramai nanti.

13 Februari, kami menuju ke KLCC untuk mengedarkan flyers kepada orang awam tetapi secara diam-diam kerana takut pula ada pihak KLCC halau. Memang sukar. Pada malam itu juga, saya rasa pitam kerana makan setakat pukul 3.00 petang sahaja. Tidak terdaya untuk saya teruskan dengan kudrat yang sudah lemah. Selamat saya tidak pengsan dan dibantu oleh para akhowat (saudara-saudara perempuan).

14 Februari pula, kami teruskan dengan misi kami ke Pavilion. Pada mulanya, ketua FMV cadang untuk buat persembahan berdekatan dengan air pancut tetapi tidak dibenarkan. Agak lama juga. Semasa berunding dengan pihak Pavi, kami mengambil kesempatan untuk melekat kertas yang sudah di'laminate' pada pakaian tidak kisah depan atau belakang untuk mempromosi poster. Ada juga yang mengambil gambar.

Kemudian, kami berhijrah pula di hadapan kedai Uni-Clo. Di situ boleh dikatakan agak ramai. Sementara berada dalam posisi sebelum memulakan persembahan, kami masih mempromosi poster-poster tersebut. Apabila sudah mendapat isyarat, kami duduk dalam posisi. Agak lama. Tiba-tiba berpecah. Pihak Uni-Clo juga tidak benarkan.

Kami meninggalkan Uni-Clo dan menuju ke tempat yang lebih jauh. Kami berjaya dapat satu tempat iaitu berdekatan dengan jejantas. Ramai orang Islam di situ. Ya, itulah hikmahnya berbanding di Pavi dan di luar Uni-Clo, ramai orang bukan Islam. Kami buat persembahan tanpa menggunakan muzik kerana masalah teknikal...

Dalam perjalanan hendak pulang, saya nampak ada seorang pak cik Cina ini bertanya sesuatu. Soalan yang dikatakan agak sukar dan tidak terjangka dalam minda saya. Saya pun tidak ingat soalan apa yang ditanya. Saya datang pun agak lambat. Diperhatikan oleh Abang Amirul Aiman. Selepas orang Cina itu berlalu, ini antara kata-kata dia yang saya ingat daripada Abang Amirul Aiman.

"Awak sepatutnya beri peluang dahulu untuk dia habiskan kata-kata, jangan mencelah... Nanti dia fikir lain tentang Islam... Tak apa... Masih ada peluang untuk berdakwah kepada orang lain"

 Pengajaran untuk ana dan mereka.

Sepanjang perjalanan hendak pulang ke Masjid As-Syakirin, KLCC, kami bangga mempamerkan poster-poster. Malah, ada yang memberi sokongan dengan mengatakan:-
 
"NO VALENTINES... YES!!!" 
Alhamdulillah, ada juga yang menyokong FMV ini ^^

Selesai program tersebut, kami bergambar di tangga Masjid Asy-Syakirin...

Para Ikhwan


Para akhowat...

 Credits to Solehah Shamsul

Apa yang saya dapat daripada FMV ini seperti yang dikatakan dalam FB ialah...


Alhamdulillah atas bantuan Allah, kami semua berjaya membuka mata orang awam ^^

Anda juga boleh tonton Trailer FMV di SINI...

Wednesday, February 6, 2013

Hiraq

Bismillahirrahmannirrahim

Apabila disebut tentang pemakanan sunnah, pasti pemikiran pembaca terbayangkan seperti ini:-

Kurma

Delima

Zaitun

Ini antara makanan terbaik di dunia dan disebut dalam Al-Quran. Ada tujuh kalau tak silap saya makanan yang terbaik. Saya pilih tiga sahaja.

Tajuk post saya ialah Hiraq. Apakah Hiraq ini? Hiraq ini merupakan satu syarikat yang menghasilkan pelbagai produk dari sumber utamanya iaitu pemakanan sunnah.. Pengasasnya iaitu Raja Mazian mendapat ilham untuk memberi nama Hiraq ketika beliau dan suaminya pergi ke Gua Hira'.

Produk ini selalu dipromosikan dalam Majalah Anis terbitan Galeri Ilmu tetapi saya tidak pernah pergi ke pejabat Raja Maizan di Shah Alam. Stokis pula tiada yang berdekatan dengan kawasan Taman Permata. 

Sehinggalah cawangan Hiraq ini baru dibuka di Giant Taman Permata. Barulah saya berpeluang untuk membeli produk ini.

Setakat ini baru dua produk sahaja saya  beli daripada Hiraq iaitu:-


Hiraq Karmila Platinum...

Harga
SEM RM39.90
S/S RM49.90
BRU B$ 22.00

Apakah khasiat bagi sesiapa yang mengambil Hiraq Karmila ini?

-Membantu mengecutkan rahim dan membentuk kembali badan selepas proses mengandung

-Meningkatkan kesihatan dalaman dan mencantikkan wanita

-Mengatasi masalah senggugut dan keputihan

-Mencantikkan kulit serta menaikkan seri wajah

-Membaiki sistem peredaran haid

-Bertindak sebagai anti oksida

Ada banyak lagi khasiatnya tetapi cukuplah saya beri yang ini sahaja.


Hiraq Teh Tarik Susu Kambing
Satu sachet:- RM2.50

Kalau sesiapa yang tidak suka susu, saya cadangkan ambil Teh Tarik atau Cuppaccino. Sebenarnya, susu kambing Hiraq pun sedap. Rasa seperti Horlicks.

Salah satu khasiatnya ialah:-

-Untuk menguatkan antibodi

Memang bagus pun kalau saya beli sebab antibodi saya pun tidaklah kuat mana pun xD

Selamat membeli di mana-mana cawangan Hiraq yang berdekatan di rumah anda.