Alhamdulillah! Praise to Allah...

Daisypath Happy Birthday tickers


Tuesday, February 19, 2013

Flashmob Valentines(FMV)

Bismillahirrahmannirrahim

14 Februari... Tarikh yang sangat popular iaitu Hari Valentines. Hari untuk meraikan kekasih yang disayangi. Sudah lima hari tarikh keramat itu berlalu.

Flashmob Valentines(FMV). Apa itu flashmob? Flashmob ini lebih kurang seperti himpunan tetapi bukanlah himpunan menunjukkan perasaan tetapi lebih kepada untuk menyedarkan orang ramai.

 FMV ni dianjurkan oleh para alumni Madrasatul Hayah Ikram dan diketuai oleh Syamim Bukhari. Kiranya, para alumni ini sangat hebat dan berani kerana berjaya menganjur FMV yang boleh saya katakan agak gempak. Saya diajak oleh senior ketika saat-saat akhir. Tinggal satu hari sahaja sebelum FMV. Persembahan yang mempunyai gaya dan lagu temanya Gemuruh oleh Faizal Tahir, saya perlu dalam masa satu hari setengah sahaja. Namun begitu, alhamdulillah, saya berjaya mengingati gaya-gaya tersebut untuk dipersembahkan kepada orang ramai nanti.

13 Februari, kami menuju ke KLCC untuk mengedarkan flyers kepada orang awam tetapi secara diam-diam kerana takut pula ada pihak KLCC halau. Memang sukar. Pada malam itu juga, saya rasa pitam kerana makan setakat pukul 3.00 petang sahaja. Tidak terdaya untuk saya teruskan dengan kudrat yang sudah lemah. Selamat saya tidak pengsan dan dibantu oleh para akhowat (saudara-saudara perempuan).

14 Februari pula, kami teruskan dengan misi kami ke Pavilion. Pada mulanya, ketua FMV cadang untuk buat persembahan berdekatan dengan air pancut tetapi tidak dibenarkan. Agak lama juga. Semasa berunding dengan pihak Pavi, kami mengambil kesempatan untuk melekat kertas yang sudah di'laminate' pada pakaian tidak kisah depan atau belakang untuk mempromosi poster. Ada juga yang mengambil gambar.

Kemudian, kami berhijrah pula di hadapan kedai Uni-Clo. Di situ boleh dikatakan agak ramai. Sementara berada dalam posisi sebelum memulakan persembahan, kami masih mempromosi poster-poster tersebut. Apabila sudah mendapat isyarat, kami duduk dalam posisi. Agak lama. Tiba-tiba berpecah. Pihak Uni-Clo juga tidak benarkan.

Kami meninggalkan Uni-Clo dan menuju ke tempat yang lebih jauh. Kami berjaya dapat satu tempat iaitu berdekatan dengan jejantas. Ramai orang Islam di situ. Ya, itulah hikmahnya berbanding di Pavi dan di luar Uni-Clo, ramai orang bukan Islam. Kami buat persembahan tanpa menggunakan muzik kerana masalah teknikal...

Dalam perjalanan hendak pulang, saya nampak ada seorang pak cik Cina ini bertanya sesuatu. Soalan yang dikatakan agak sukar dan tidak terjangka dalam minda saya. Saya pun tidak ingat soalan apa yang ditanya. Saya datang pun agak lambat. Diperhatikan oleh Abang Amirul Aiman. Selepas orang Cina itu berlalu, ini antara kata-kata dia yang saya ingat daripada Abang Amirul Aiman.

"Awak sepatutnya beri peluang dahulu untuk dia habiskan kata-kata, jangan mencelah... Nanti dia fikir lain tentang Islam... Tak apa... Masih ada peluang untuk berdakwah kepada orang lain"

 Pengajaran untuk ana dan mereka.

Sepanjang perjalanan hendak pulang ke Masjid As-Syakirin, KLCC, kami bangga mempamerkan poster-poster. Malah, ada yang memberi sokongan dengan mengatakan:-
 
"NO VALENTINES... YES!!!" 
Alhamdulillah, ada juga yang menyokong FMV ini ^^

Selesai program tersebut, kami bergambar di tangga Masjid Asy-Syakirin...

Para Ikhwan


Para akhowat...

 Credits to Solehah Shamsul

Apa yang saya dapat daripada FMV ini seperti yang dikatakan dalam FB ialah...


Alhamdulillah atas bantuan Allah, kami semua berjaya membuka mata orang awam ^^

Anda juga boleh tonton Trailer FMV di SINI...

Post a Comment