Alhamdulillah! Praise to Allah...

Daisypath Happy Birthday tickers


Wednesday, May 29, 2013

Sejarah Dunia Penulisan Saya

Bismillahirrahmannirrahim


Memandangkan ramai yang mahu tahu sejarah bagaimana saya boleh terlibat dengan dunia penulisan ini, saya akan coretkan untuk tatapan bersama.

Saya mula berjinak-jinak dengan dunia penulisan ini sewaktu saya berusia 11 tahun. Ketika itu, sekolah saya menganjurkan Minggu Bahasa Melayu. Salah satu pertandingan yang saya ingat untuk tahun 4, 5, 6 ialah Pertandingan Menulis Cerpen. Setiap pelajar wajib masuk.

Ketika itu, saya bukanlah seorang yang minat membaca sangat. Novel Bahasa Melayu pun ada satu sahaja. Itu pun sewaktu saya darjah empat. Novel Bahasa Inggeris pun, saya baca sewaktu usia 10 tahun ke bawah. Paling popular, karya-karya Enid Blyton.

Berbalik kepada Pertandingan Menulis Cerpen itu, saya pun menulislah. Tajuknya pun saya tidak ingat. Usai menulis, saya menyalin cerpen itu semula dalam buku nota. Sayanglah katakan kerana saya rasa cerpen itu agak menarik perhatian saya. Ceh, perasan!

Selang beberapa hari kemudian, saya menatap kembali cerpen sebanyak dua mukasurat itu, timbul untuk menyambung cerpen itu. Lantas, saya mengoyak dan huraikan lagi cerpen itu. Akhirnya, berubah menjadi novel pula.

Sejak dari hari itu, minat saya terhadap menulis terlalu mendalam. Apabila naik ke darjah enam, saya masih ingat lagi, saya pernah mendapat markah untuk subjek Bahasa Melayu (Penulisan) iaitu 95%. Saya juga dianugerahkan Best Subject of Bahasa Melayu(Penulisan). Selain itu, saya juga menyertai bengkel penulisan Minggu Penulis Kanak-Kanak 2007 anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka.

Apabila naik ke alam sekolah menengah, saya masih menambah lagi bab-bab untuk novel tersebut. Banyak kali juga diubah jalan cerita, plot, dan tajuk cerita. Biasalah, masih tidak matang dari segi tatabahasa dan kosa kata yang masih lemah. Akhirnya, tajuk novel itu diberi oleh kawan saya iaitu 'Untaian Mahabbah Fillah'. Saya pernah menghantarnya di dua syarikat penerbitan dan ditolak. Jadi, saya melupakan hasrat untuk menghantar novel itu dan hanya menjadi tatapan membaca untuk diri sendiri sahaja kerana saya rasa cerita itu agak merepek. Hampir empat atau lima tahun juga saya menulis cerita itu.

Hobi menulis ini tidak pernah berhenti. Meskipun saya berada di asrama dan tidak dibenarkan membawa laptop, saya mengambil buku tulis dan menulis di dalamnya. Saya ada juga menulis satu lagi cerita yang bertajuk 'Twins Forever'. Masih ada dalam buku nota dan tidak bertaip lagi dalam komputer. Novel itu, saya menulis sekadar suka-suka dan masih tidak berhajat untuk menghantar ke mana-mana lagi.
Setelah beberapa tahun berkecimpung dalam dunia penulisan ini, apa yang saya dapat ialah kosa kata saya bertambah dengan membaca.

Selain itu, saya juga menyertai lagi tiga bengkel penulisan iaitu Bengkel Penulisan Kanak-Kanak 2012 anjuran Mustread Sdn.Bhd, Bengkel Penulisan Islamik Hilal Asyraf Zon Tengah 2013 anjuran Langitiman Resources, dan Minggu Penulis Remaja 2013 anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kesimpulannya, membaca dan menulis merupakan terapi untuk saya.

Wallahu a'lam.

Tuesday, May 21, 2013

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2013(4 Mei)

Bismillahirrahmannirrahim

Baiklah, ini post yang terakhir berkenaan pesta buku. Pada hari terakhir ini, memang saya akui terlalu ramai orang. Kebetulan pula, saya menunggu adik yang baru balik dari asrama. Jadi, lama juga bertapa di pesta buku.

Pada hari terakhir juga, saya jumpa ramai orang-orang yang hebat dan kawan-kawan juga.

Antaranya:-

Dr Muhaya

 Emcee Galeri Ilmu Sdn.Bhd

Hanis Naziha, roommate ketika Perkampungan Menara Gading Kebangsaan.

Nur Munirah Junid, antara rakan saya yang akrab.

Ajwad Amal, ahli nasyid Dua'.

Sudah dua kali saya bertemu dengannya... Saya juga turut membeli karya sulungnya... Tahniah Bro Ajwad :)

Fatimah Syarha Mohd Noordin.

Alumni Minggu Penulis Remaja 2013.

Baru gambar yang sempurna. Suami isteri. Fatimah Syarha dan Dr.Farhan Hadi.

Siti Rosmizah. Saya tak pernah baca karyanya lagi tetapi satu hari nanti mungkin.

Iwan Reaz.

Yatt Hamzah. Jumpa buat kali kedua.




Para penulis Blink buat kali yang terakhir.

 Para pelukis komik Gempak Starz

Dan pelukis komik kegemaran saya iaitu Keith.

Ingatkan saya sudah tidak membeli novel. Hari terakhir pun masih membeli. Novel Anakku Brain Tumor dan Hazim, Aizat dan Muzik, kakak saya yang belanja.

Itulah coretan saya mengenai pesta buku selama enam hari saya menjelajah di situ. 

Konklusinya, novel yang saya beli sebanyak?


Kira sendiri :)

Wallahu a'lam.

Thursday, May 16, 2013

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2013(2 Mei)

Bismillahirrahmannirrahim.

Masih berbaki sehari untuk saya akhiri post berkaitan pesta buku ini.

Seperti biasa, saya masih melilau mencari buku. Akhirnya, saya terjumpa satu buku ini.

Saya juga antara peminat novel Fatimah Syarha.

Pada hari itu juga, saya menghadiahkan hadiah kepada dua orang penulis iaitu:-

Tuan Fazla

Cikpuan Izanor

Bercerita mengenai Kak Izanor ini, beliau merupakan salah seorang penulis Blink bersama Ain Maisarah dalam Siri Dongeng Sri Bangsar. Nama Izanor Sharif ini sudah saya dengar sejak tahun 2011 tetapi masih belum berpeluang untuk berkenalan. Pada tahun ini, Allah perkenankan juga hajat saya dan kami menjadi sangat kamceng. Oh ya. Selain itu, beliau ada belanja saya dua potong kek dan teh tarik.
Terima kasih Kak Izanor

Ada seorang artis yang saya berpeluang untuk jumpa pada tarikh 2 Mei ini.

Siapakah dia?


Ya, saya bersama Yatt Hamzah. Dia sangat sporting dan happy go lucky orangnya. Beruntung saya dapat berjumpa dengannya.

Begitulah kisahnya pada 2 Mei. Nantikan post terakhir pesta buku iaitu 4 Mei yang merupakan hari terakhir pesta buku 2013.

Wassalam.

Sunday, May 12, 2013

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2013(1 Mei)

Bismillahirrahmannirrahim.

Masih berbaki dua hari untuk saya post mengenai pesta buku ini.

Menceritakan tentang 1 Mei, ya, Hari Pekerja. Sardin yang boleh saya katakan. Setiap tahun saya rasa begitu apabila melibatkan tarikh 1 Mei ini.


Pasti ada yang tertanya-tanya, kalau tahu hari itu ramai orang, kenapa masih pergi juga?

Saya saja mengikuti mama saya yang perlu bertugas di bahagian pentas utama bagi majlis pelancaran Tokoh Sejarah DBP. Saya ambil kesempatan dengan berjalan-jalan di booth-booth yang ada. Kalau saya terperap dalam rumah, bosan juga. Lebih baik, saya ikut mama saya.

Hari itu, saya tidak berhasrat untuk membeli apa-apa novel kerana terlalu ramai dan agak merimaskan. Jadi, saya cadang untuk beli novel pada keesokan harinya (2 Mei).

2 Mei? Nantikan.

Monday, May 6, 2013

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2013(30 April)

Bismillahirrahmannirrahim.

Bercerita pula mengenai 30 April, hari yang saya kira hari kesedihan buat saya. Tetapi, kenapa pula saya sedih?

Itu menjadi rahsia buat saya.

Bagi mengubati kesedihan dan kekecewaan saya, saya menuju lagi ke Pesta Buku Antarabangsa kerana kebetulan pula saya perlu menghantar barang kepada senior saya.

Pada hari itu juga, ada reunion bersama warga PEPIAS (Persatuan Pelajar Islam Selangor). Malangnya, saya tiada gambar bersama mereka.

Di samping itu juga, saya membeli lagi dua buah novel iaitu :-


Pada 30 April, tidak ada peristiwa yang menarik. Nantikan entri pesta buku mengenai hari 1, 2, 4 Mei.

Wednesday, May 1, 2013

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2013(27 April)

Bismillahirrahmannirrahim

Bertemu kembali... Ceh, macam apa sahaja saya. Baiklah, abaikan sahaja.

 Alhamdulillah, 27/4/2013, saya dapat pergi kali kedua ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur dan dapat membeli lagi sebuah novel bertajuk Relasi nukilan Hilal Asyraf.


Pada hari itu juga, saya dapat berjumpa dengan beberapa orang :D

Alumni Minggu Penulis Remaja 2013 (Fauzan, Aiman, Saya, Zakirah)

Kak Puteri Balqis (Forum Mestica Fanz Club). Selama ini, hanya bersembang di alam maya. Namun begitu, Allah pertemukan kami buat kali pertama di situ apabila Kak Balqis yang menegur saya dahulu.

Pendebat arab MRSM Gemencheh (Aduh, lupa untuk saya tanya namanya-)

Gadis Bintang(Watak Siri Hero Sri Bangsar.)

Paling istimewa, reunion beberapa ahli PEPIAS.

Ada Raziq, Syed Noh, kawan Syed Noh, Guru kepada Suziana, Suziana, adik-beradik Raziq, dan El.

Kesimpulannya, Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur tempat untuk berjumpa dan merapatkan ukhuwah. Memang benar saya katakan. Pasti akan berjumpa dengan orang yang tidak kita sangka.