Alhamdulillah! Praise to Allah...

Daisypath Happy Birthday tickers


Tuesday, September 30, 2014

1,2,3 Say Cheese! - Part 1

Bismillahirrahmannirrahim

Jeng~ Jeng~ Jeng~

Buat warga pembaca blog yang saya hormati...


Inilah cover novel saya yang bertajuk 1,2,3 Say Cheese! merangkap 'anak sulung' saya. Kelahiran novel ini dalam hidup saya sangatlah berharga kerana terlalu banyak jalan-jalan liku yang telah saya hadapi untuk memastikan semuanya berjalan lancar sehingga adanya cover hadapan ini.

Bagaimana karya sulung saya ini diterima? Pastinya anda tertanya-tanya. Baru kini saya rajin untuk menceritakan kronologi-kronologinya.

  • Pada mulanya, saya menulis tentang novel lain yang saya merasakan sangatlah merepek dan sekadar mencuba nasib di sebuah syarikat buku yang bernama Galeri Ilmu Sdn.Bhd. Ketika itu, saya menghantar proposal untuk novel lain sebenarnya.

  • Saya ada bercerita mengenai saya menerima Anugerah Nilam daripada pihak sekolah untuk tahun 2011 dan blog saya telah dilawati oleh seseorang iaitu editor Galeri Ilmu, Tuan Amir. Kata beliau dalam komen "Tahniah. Saya Amir, editor GISB. Adik ada hantar proposal pada kami, sedang dinilai insya-Allah. Sebetulnya saya lebih gemar sekiranya penulis baharu seperti adik dapat datang terus ke ofis kami di Kota Damansara untuk kita berkongsi fikrah. Boleh?". Bagaimana Tuan Amir tahu? Mudah sahaja. Semasa saya menghantar proposal, saya sertakan alamat blog saya.

  • Takdir Allah, saya dan Tuan Amir bertemu di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur pada tahun 2012 dan bersembang pelbagai perkara tentang dunia penulisan. Dia pernah berkata pada saya supaya saya fikir cerita yang masih belum dibuat. Memang saya gigih mencari ilham sehinggalah saya terpandangkan senior sekolah saya. Alhamdulillah, ilham yang Allah hadir untuk saya dengan melihat senior saya yang selalu bersama dengan kamera 'DSLR'nya. Jadi, terdetik untuk saya menulis novel mengenai kamera.
  • Berbekalkan semangat dan azam yang tinggi, ilham mencurah-curah untuk saya menulis sinopsis keseluruhan cerita dan dua bab untuk dihantar ke Syarikat Galeri Ilmu dan saya hanya berserah pada Allah. Terima atau tidak, saya terima dengan hati yang terbuka.
  • Sehari sebelum SPM yakni 4/11/2012, saya tergerak hati untuk membaca e-mel yang telah saya tanda sebagai semua sudah dibaca memandangkan banyak e-mel yang merapu saya simpan. Saya periksa satu persatu sehinggalah saya ternampak satu e-mel yang bertajuk 185 Surat tawaran - BUDAK KAMERADemi Allah, saya memang terkejut dan tidak percaya. Ini kandungan surat tersebut.


  • Memandangkan saya tidak percaya, saya bertanya pada Tuan Amir dan Tuan Amir mengiyakan. Memang saya rasa... Whoa! bercampur Alhamdulillah! Impian yang saya nanti selama 6 tahun ketika itu sudah tercapai tetapi demi peperiksaan SPM, saya tolak tepi dahulu tentang novel saya ini memandangkan saya menerima surat tawaran ini dalam keadaan novel saya masih belum siap.

Saya berhenti setakat itu dahulu. Nantikan kisah 1,2,3  Say Cheese - Part 2 pula nanti :)


Post a Comment