Alhamdulillah! Praise to Allah...

Daisypath Happy Birthday tickers


Friday, October 3, 2014

1,2,3 Say Cheese! - Part 2

Bismillahirrahmannirrahim

Sambungan daripada 1,2,3 Say Cheese - Part 1.

Mungkin ramai yang ingin tahu jalan-jalan liku yang telah saya hadapi sepanjang proses pemurnian novel ini. Untuk bahagian ini, saya kongsikan cabaran-cabaran yang saya hadapi dan pengakhirannya.

  • Setelah tamat SPM, saya menulis seperti biasa. Mencari ilham sini dan sana dengan penuh kegigihan (ayat klise. LOL!). Usai siap, saya hantar kepada Tuan Amir dan novel saya ini diperiksa oleh editor bawahnya iaitu Puan Zulina Hassan. Apabila beliau memeriksa dan membetulkan kesalahan saya, seterusnya mengembalikan kepada saya melalui e-mel, saya membukanya dan rasa seperti "Ya Allah! Teruknya!" Memang saya akui, terlalu banyak sangat yang tidak kena, terlalu banyak lompong dan kekurangan. Almaklumlah, penulis baharu. Memang ada banyak yang tidak kena. Itu cabaran sebenarnya buat mana-mana penulis pun.
  • Perasaan membuat pembetulan muka demi muka? Memang saya ada rasa putus asa. Demi Allah, sangatlah rasa putus asa! Sampai saya rasa saya tidak mahu teruskan lagi tetapi memikirkan minat dan peluang yang ada, saya tidak mahu sia-siakan. Akibat saya rasa editor ini terlalu tegas, saya menghentikan aktiviti penulisan seketika buat beberapa bulan kerana saya merasakan terlalu sukar untuk membetulkan beberapa plot yang saya rasa agak remeh dan tidak perlu ditambah tetapi bagi beliau, pembetulan yang beliau lakukan itu sesuatu yang serius dan saya merasakan juga impian untuk menjadi penulis semakin kabur.
  • Apabila minda saya sudah bersedia untuk menghadap Puan Zulina kembali dan sudah membetulkan walaupun saya rasa memang semangat saya jatuh merundum sepanjang pembetulan itu dilakukan tetapi saya bersyukur kerana saya berjaya juga menyiapkan. Kata beliau, beliau tidak dapat menguruskan novel saya dek kesibukan yang melanda dirinya. Jadi, dia minta saya rujuk kepada Tuan Amir kembali. Kata Tuan Amir, Puan Zulina diganti oleh Puan Aini. 
  • Puan Aini memeriksa pembetulan yang saya lakukan. Kata beliau, ada yang tidak perlu ditambah dan perlu dikurangkan. Puan Aini banyak juga membantu dari segi untuk menambah perisa dalam beberapa plot dan dia tidaklah setegas Puan Zulina dan lebih bersifat keibuan. Atas bantuan beliau, berjaya juga novel ini disiapkan. Alhamdulillah dan menyerahkan semua kepada Tuan Amir.
  • Kami bertiga memang berhubung di e-mel sahaja sepanjang sesi pemurnian ini. Memang perlu agak formal dan wujudnya rasa hormat antara penulis dan editor.
  • Banyak kali juga Tuan Amir minta pandangan saya untuk tajuk novel. Sejujurnya, saya tidak pandai memberi tajuk dan berserah pada pihak Tuan Amir untuk menentukan. Pihak beliau lebih tahu mana yang terbaik.
  • Usai semuanya, saya ingatkan sudah berakhir. Rupa-rupanya, saya perlu buat pula pruf penulis. Apa itu pruf penulis? Pruf penulis ini merupakan satu proses penyuntingan yang diperiksa oleh penulis terlebih dahulu sebelum diserahkan kepada editor untuk penyuntingan yang lebih tepat daripada segi tatabahasa, ejaan, dan seumpama dengannya. Ini contohnya.

  • Memang agak gigih dan berusaha untuk memeriksa baris demi baris dari awal mukasurat hingga akhir mukasurat supaya tiada kesalahan. Kalau ada pun, memang tidak sengaja atau tidak perasan. Apabila saya menyiapkan assignment untuk subjek 'Maharat Kitabah' atau dalam Bahasa Melayu iaitu Kemahiran Menulis, sama seperti yang saya buat untuk pruf penulis ini dan saya merasa tekanannya. Sangat terasa!
  • Itulah kerja terakhir saya dan cabarannya sudah berakhir. Syukur! Saya juga menerima beberapa buah lukisan yang dilukis oleh Kak Hani untuk dimasukkan dalam novel saya. Kiranya, novel saya nanti ada gambar-gambar ilustrasi yang sangat comel seperti ini:-


  • Saya juga diberi peluang untuk memikirkan konsep cover novel. Ketika itu, minda saya teringat dua buah buku iaitu sebuah novel yang bertajuk Gadis Komik dan sebuah komik, inspirasi daripada Komik-M PTS bertajuk Aviasi Fantasi.




  • Secara jujurnya, saya lebih suka konsep muka hadapan Aviasi Fantasi kerana lebih nampak ciri-ciri lelaki dan memang saya sengaja pilih konsep Aviasi Fantasi supaya pembaca tertarik untuk membeli. Memang saya tunjuk cover novel saya, kebanyakannya ingat novel saya ini sebuah komik. Hakikatnya, iainya sebuah novel. Untuk Gadis Komik pula, saya sukakan warnanya yang sangat ceria dan energetik.
Jadi, itulah kisahnya sejak mula karya saya diterima oleh Syarikat Galeri Ilmu hinggalah buku ini bakal diterbitkan. Mohon doakan saya supaya saya diberi ilham untuk menulis novel-novel yang seterusnya.
Post a Comment